Friday 5 August 2016

Pokemon GO Kini Boleh Dimainkan Di Malaysia

Click Here
Penantian peminat Pokemon yang mahu memainkan Pokemon GO berakhir pagi ini. Anda kini boleh memuat turun aplikasi popular tetapi penuh kontroversi ini secara rasmi di Malaysia. Kami boleh mengesahkan kesemua elemen permainan berjalan lancar sejak 8 pagi tadi. Selain di Malaysia ia dilancarkan secara rasmi di Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Kepulauan Solomon, Persekutuan Mikronesia dan Palau.
Pokemon Go
Pelancaran permainan ini hadir sehari selepas ia difatwakan haram oleh mufti Wilayah Persekutuan. Adakah anda masih mahu memainkan permainan ini selepas fatwa dikeluarkan? Kepada yang ingin memburu Pokemon hari ini kami ingin mengingatkan anda supaya berhati-hati dan tidak menceroboh tempat yang tidak sepatutnya dimasuki. Selamat memburu kepada semua. Gotta Catch ‘Em All!
Terima kasih @Prasys
Muat turun Pokemon GO melalui Google Play
[donwload] Muat turun Pokemon GO melalui Apple Apple Store [/downloado] 

No comments:

Post a Comment

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...