Friday 5 August 2016

saya mengalahkan rejim 30 tahun fam- tmj

TMJ_FAMTunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa berjaya menewaskan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas lama mencuba untuk mengubah sistem bola sepak negara yang telah diguna pakai selama 30 tahun.
“Hari ini, Exco bersetuju untuk bersara bersama-sama dengan Presiden. Pilihan raya akan diadakan dan muka baru akan dipilih untuk mengendalikan bola sepak Malaysia. Kepakaran luar akan dibawa masuk untuk menambah baik sistem sedia ada.
“Hari ini saya dengan perasaan bangga ingin menyatakan bahawa lelaki muda tersebut yang benar-benar sayangkan bola sepak dengan impian besarnya dan pernah juga digelar budak mentah, telah mengalahkan rejim 30 tahun FAM,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Sinar Harian.
Dalam pada itu TMJ sekali lagi bertegas menolak jawatan Presiden FAM namun sedia mempertimbangkan tawaran sebagai Pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres untuk Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).
TMJ berkata, jawatan Presiden FAM tidak sepatutnya disandang golongan keluarga diraja, atau mereka yang mempunyai pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab yang mengambil bahagian.
Sebaliknya, calon presiden badan induk itu mestilah seorang yang berkecuali kepada semua negeri dan kelab yang mengambil bahagian untuk mengelakkan gejala rasuah dan sikap pilih kasih.
“Saya tidak setuju menjadi Presiden FAM kerana saya sudah mempunyai JDT. Akan ada konflik kepentingan kerana saya akan lebih cenderung ke arah negeri saya.

“Seperti yang saya nyatakan berpuluh-puluh kali sebelum ini, kita perlu mencari seseorang yang tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mana-mana persatuan negeri atau kelab yang mengambil bahagian,” katanya melalui laman Facebook Johor Southern Tigers, Jumaat dipetik mStar.

No comments:

Post a Comment

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...