Sunday 7 August 2016

7 Cara Melajukan Blog Anda

featured image creator
 0
 
salam semua…
saya nak tanya nie…
pernah tak anda masuk satu laman web dan menunggu lama untuk laman tersebut load?
kadang-kadang laman web ni,walaupun ada konten yang sangat bagus tapi di sebabkan oleh kelembapan nak load,blog tersebut kehilangan ramai pembaca setia..
Anda nak ke jadi macam tu?
mestilah xnak kan…
walaupun blog anda cantik macam mana sekalipun tapi jika speed blog anda tidak laju pun tidak ada guna.Ini sebabnya anda hanya ada beberapa saat untuk memberi tanggapan yang baik kepada pengunjung blog anda..
Blog yang laju loading adalah satu cara untuk memberi tanggapan yang baik kepada pembaca blog anda..
Page speed adalah salah satu faktor yang google ambil untuk ranking sesuatu laman web. Kalau blog anda perlahan nak load,besar kemungkinan ranking akan turun berbanding dengan blog yang lain.
Pembaca akan lebih suka membaca artikel anda jika blog anda load dengan lebih pantas dan kajian oleh beberapa syarikat internet besar menunjukkan bahawa pembaca akan stay lebih lama di blog yang mempunyai load speed yang tinggi.Jadi,untuk dapatkan ranking yang baik di mata google,anda mesti buat sesuatu dengan blog anda yang slow.
Dan hari ini ,saya akan tunjukkan kepada anda beberapa cara yang saya gunakan untuk melajukan blog mohdafri.com.Saya akan tunjukkan bagaimana melajukan blog melalui penggunaan plug-in dan juga beberapa tweak yang anda sendiri boleh buat.

Hubungi penyedia perkhidmatan hosting anda.
Ada sesetangah penyedia perkhidmatan hosting menyediakan servis untuk mengoptimumkan kelajuan blog anda.Tapi tidak semua la,ada juga yang anda sendiri kena buat setting di Cpanel untuk buat sedikit pengubahsuaian.
Untuk blog mohdafri.com ,saya menggunakan hosting dari Exabytes.com. Sebelum saya buat apa-apa dengan blog ni,saya email dulu pihak exabytes.com untuk memastikan ada atau tidak mereka menawarkan servis atau menggunakan sebarang cara untuk melajukan blog mereka.


2.Scan blog anda
sebagai permulaan anda perlu periksa dulu kelajuan blog anda dengan GTmetrix.com.Yang anda lihat dibawah ni,adalah hasil scan blog mohdafri.com dengan GTmetrix.com
Untitled picture
Gtmetrix.com adalah aplikasi web percuma yang anda boleh pakai untuk uji samada blog anda laju loading atau tidak.Dan terdapat banyak lagi servis macam ni anda boleh jumpa di internet,antaranya:
(a) Pindom
(b) Yslow
Google sendiri pun ada versi mereka sendiri yang anda boleh buat dengan test pakai google chrome ataupun salam browser
caranya mudah sahaja:
1-mula-mula anda kena buka mana-mana artikel di blog anda…
2-kemudian right click pada page tersebut
3-kemudian pilih inspect element dan pilih pagespeed
Kalau nak lagi senang,anda pergi je ke pagespeed insights dan anda dapat laporan yang seakan sama seperti gtmetrix.

1.Enable caching

Untuk enable caching,anda boleh gunakan 2 jenis plug-in ,iaitu W3 Total Cache dan Wp Super Cache.Kedua-dua plug-in boleh anda dapat dari dashboard blog anda.
Kalau anda lupa macam mana nak install plug-in boleh ke sini.
Untuk optimumkan kelajuan blog ni,saya gunakan WP Super Cache,sebab plug-in ini lebih mudah digunakan berbanding W3 Total Chache.Anda boleh ke sini untuk baca lebih lanjut berkaitan fungsi dan cara pakai plug-in ni.

2.Gzip

penggunaan gzip ini adalah teknik yang digunakan pada peringkat server.Yang ini anda sendiri kena hubungi pihak penyedia perkhidmatan hosting anda.
Saya ada email pihak exabytes.comdan ini jawapan yang saya dapat..
cara lajukan blog
kalau nak test samada blog anda pakai teknik gzip atau tidak anda boleh ke checkgzipcompression.com

3.Image compression

Cara paling mudah nak lajukan blog anda adalah dengan mngurangkan saiz imej yang ada di dalam blog anda. Dan,kalau nak optimumkan saiz imej tanpa kehilangan kualiti anda boleh buat secara online ataupun gunakan plug-in WP Smush.
cara lajukan blog
Tapi anda tidak perlu risau kerana WP Smush tidak mengurangkan kualiti imej yang ada di blog anda..

4. Buang plug-in

Buang plug-in adalah cara yang selalu saya buat kalau blog mohdafri.com mula jadi perlahan..
Anda hanya perlu ke senarai plug-in yang ada di blog anda dan periksa samada atau tidak plug-in yang anda tidak pakai dan yang anda pakai.
cara lajukan blog
Ini sebab,kebanyakan masa hampir semua plug-in akan load pada masa yang sama,ini secara tidak langsung akan melambatkan blog anda.

5. Buang Query Strings

Query strings ataupun kita panggil parameter adalah tanda soal ataupun sebarang huruf yang ada pada akhir url blog anda.
anda boleh gunakan Remove Query Strings plugin.
ini sebab mana-mana url dengan tanda soal ‘?’ tidak boleh di cache ,ini akan melambatkan lagi blog anda untuk load.

6.Buang 404 error

Kalau boleh,sila perbaiki mana-mana url yang tidak wujud lagi yang berakhir dengan 404 error untuk melajukan lagi blog anda..
setiap kali ada url yang berakhir dengan 404 error ,reqeust baru akan di buat pada server..ini boleh buatkan server blog anda terbeban dan boleh melambatkan blog anda..
ada plug-in yang di namankan Redirection yang akan mengesan mana-mana eror404 yang ada.
cara melajukan blog 3
Dan jika anda menggunakan Google Webmaster,anda boleh check ada atau tidak error 404 ..
cara melajukan blog 4
anda klik pada mana-mana url dan klik mark as fixed
sekarang mari kita check kelajuan blog mohdafri.com
Picture1

7.Kemaskini Database Blog

Cara ini anda kena hubungi penyedia perkhidmatan hosting anda untuk mengemaskini database website anda,jika kesemua cara di atas masih juga tidak dapat melajukan blog anda
Tapi saya yakin jika anda ikut kesemua cara di atas akan ada perubahan pada load speed blog anda…
Minta mereka untuk buat mengoptimumkan kelajuan website anda…
saya tahu yang terdapat banyak plug-in yang boleh buat kemaskini database tapi saya betul-betul menasihatkan yang anda buat dahulu backup dan sila pastikan yang host anda boleh buat kemaskini database tersebut.
saya sendiri tidak pernah lagi cuba mana plug-in yang ada jadi saya tidak akan letakkan nama-nama plug-in tersebut….
saya harapkan lepas anda semua langkah diatas blog anda akan makin laju dan anda dapat belajar sesuatu dari artikel ini..

No comments:

Post a Comment

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...