Thursday 4 August 2016

Nabi palsu ditahan, pengikut bayar RM600 untuk masuk syurga


JAKARTA: Seorang lelaki yang pernah ditangkap di Jawa Barat tahun lalu kerana mengakui dirinya ‘nabi’, kembali aktif dengan ajaran sesat terbaru yang mengenakan bayaran Rp2 juta (kira-kira RM600) kepada pengikutnya untuk masuk syurga.
Lelaki yang dikenali sebagai Abdul Muhjib itu menjalankan kegiatan dakwahnya di sebuah pondok yang didirikan bersama lima rakannya di kampung Medal Sari di daerah Tegal Waru di Karawang, Jawa Barat.
Kegiatannya terbongkar apabila penduduk yang tidak berpuas hati dengan ajarannya, membuat laporan polis.
Susulan itu, Abdul Muhjib ditahan semalam kerana memperdayakan masyarakat kampung dan dia kini berada di balai polis Karawang untuk siasatan lanjut.
Media dalam talian memetik Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Pangkalan, Kerawang di Jawa Barat, Rahmat Ginanjar sebagai berkata, Abdul Muhjib pernah ditahan polis tetapi dibebaskan kerana berjanji tidak akan meneruskan ajarannya dan bertaubat di hadapan pegawai agama dari Majlis Ulama Indonesia.
Bagaimanapun, dia didapati tidak serik menipu dan mengaktifkan semula ajaran sesatnya pada awal bulan ini.
Katanya, Abdul Muhjib akan didakwa di bawah Pasal Penistaan Agama yang membawa hukuman penjara dan polis masih menyiasat serta mengumpul bukti mengenai penipuannya. 

No comments:

Post a Comment

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...