Monday 29 August 2016

subhanallah kisah hijrah mantan bos gangster australia

SUBHANALLAH !! Kisah Hijrah Mantan Bos Gangster Australia

Sydney – Mantan tokoh pemimpin gangster terkenal di Australia bernama Vince Focarelli mengatakan kepada media bahwa sekarang ia telah berubah dan memeluk agama Islam untuk menjalani hidup yang damai bersama keluarganya. Disamping itu ia ingin menebus kesalahannya dengan menjalani hidup yang lebih mulia dengan membantu orang-orang yang membutuhkan dengan menggratiskan makanan di restorannya kepada fakir miskin dan tunawisma.
Pria kekar yang berumur 41 tahun ini telah melewati berbagai peristiwa besar dalam hidupnya hingga memutuskan untuk menjadi muallaf. Salah satunya saat anaknya tewas dibunuh oleh musuhnya, dan saat itu ia menyadari bahwa banyak kejahatan yang telah ia perbuat hingga musuhnya malah semakin bertambah.
“Semua orang pernah membuat kesalahan,” ujarnya saat ditanya mengapa ia memutuskan keluar dari dunia hitam tersebut.
Sekarang Focarelli telah membuka sebuah restoran bernama La’Fig Cucina yang berlokasi di Carrington St. Ia mengungkapkan bagaimana leganya setelah mendapat kembali ketenangan hidupnya saat kembali ke jalur yang benar. Di restoran tersebut ia menggratiskan makanan bagi para tunawisma dan para fakir miskin.
“Saya benar-benar telah berusaha menjauhkan diri dari semua yang bersangkutan dengan dunia gangster,” katanya seperti dilansir Seven News pada Rabu (24/8).
“Saya memainkan peran saya dan setelah itu malah menerima imbalan atas apa yang saya lakukan. Saya manusia dan terlepas dari apa pun yang pernah saya lakukan di masa lalu, tentu saja semua orang pernah berbuat kesalahan,” jelasnya.
Dia mengucapkan terimakasih kepada keluarganya, agamanya dan pembentukan restoran tersebut sebagai tonggak untuk berubah. Focarelli berkomitmen usaha restoran tersebut hanya untuk amal.
“Sebagai Muslim, itu tanggung jawab kita untuk memberi, terutama pada bulan Ramadan di mana kita bisa belajar untuk menjadi lebih rendah hati dan menyerap semua kebaikan dan cinta yang ada di di seluruh dunia,” lanjutnya.
Pada tahun 2010 dan 2012, Focarelli menjadi target enam percobaan pembunuhan oleh para musuh-musuhnya. Diantaranya serangan bom rakitan yang menewaskan dua rekannya di Hells Angels, penembakan dengan pistol di sebuah supermarket, hingga sebuah insiden penembakan di wilayah Dry Creek pada bulan Januari 2012 lalu yang menewaskan anaknya yang bernama Giovanni. Hingga setelah itu ia ditahan karena kasus narkoba.
“Kami benar-benar kehilangan Giovanni, kami selalu memikirkannya,” ujar Focarelli.
Seperti diketahui, Focarelli adalah mantan pemimpin geng motor Comanchero di Sydney Australia. Ia dibebaskan dari penjara dengan pembebasan bersyarat pada bulan April 2013 lalu setelah menyelesaikan hukuman penjara atas tuduhan kepemilikan senjata api dan obat terlarang yang berkaitan dengan insiden yang menewaskan anaknya.

RAKYAT JOHOR RESAH SINGAPURA DILANDA WABAK ZIKA


JOHOR BHARU : Rakyat Malaysia disaran mengelak daripada mengunjungi Si­ngapura ketika ini ekoran negara jiran itu sedang dilanda wabak Virus Zika dengan 41 orang sudah di­sahkan dijangkiti virus tersebut.

Menurut Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Salam Senawang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad (gambar kecil), bukan sahaja rakyat Malaysia dinasihatkan tidak pergi ke negara tersebut, malah penduduk republik itu juga tidak digalakkan memasuki negara ini secara terlalu kerap.

Beliau berkata, Zika yang me­ngancam banyak negara di dunia kini tidak mustahil akan melanda Malaysia kerana virus berbahaya itu sangat mudah berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes, hubungan seks, ibu mengandung dan juga pemindahan darah.

“Seseorang selalunya tidak sedar dia telah digigit nyamuk pembawa virus tersebut kerana proses pengeraman hanya akan berlaku dalam tempoh seminggu selepas dia dijangkiti.

“Ini bermakna rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara lain dan pulang semula ke negara ini dalam tempoh seminggu akan terlepas daripada saringan virus Zika di pintu masuk negara seterusnya menyebabkan penyakit itu mampu menular di negara ini,” katanya ketika dihubungi

bonus 2 bulan gaji kakitangan awam 2016?

Cuepacs berharap permohonan bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam dipertimbangkan untuk diluluskan Perdana Menteri.

Bonus Kakitangan awam 2016

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, beliau akan menemui PM dalam waktu terdekat bagi membincangkan perkara tersebut kerana menyedari penjawat awam yang masih berdepan kos sara hidup tinggi dan pelbagai bebanan.

Katanya, walaupun sebelum ini kerajaan sudah menyelesaikan semakan skim perjawatan dan semakan gaji, bonus
tahunan itu amat diharapkan bagi menghadapi khususnya ketika penggal persekolahan tahun depan akan bermula.

"Kita berterima kasih di atas pelbagai pemberian sebelum ini termasuk bonus Hari Raya RM500 kepada kakitangan awam yang boleh dianggap sebagai dorongan kepada mereka dalam meningkatkan prestasi.

"Perkembangan mengenainya memang dinantikan penjawat awam yang memerlukan kos tambahan untuk menyelesaikan pengurusan pendidikan anak-anak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Taklimat Perkhidmatan Awam di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP).

Azih berkata, beliau bersimpati dengan nasib lima peratus daripada penjawat awam yang hampir bersara tetapi belum mampu memiliki rumah sendiri gaji mereka hanya cukup untuk pengurusan harian dan anak-anak sahaja.

"Hasil kajian Cuepacs, kita mendapati dua faktor yang menyebabkan kakitangan awam gagal memiliki rumah sendiri disebabkan bilangan anak yang terlalu ramai selain dibebani hutang dengan institusi kewangan tertentu untuk menampung keperluan semasa.

"Kita berusaha membantu menyelesaikan perkara ini dan berharap masalah diselesaikan menerusi skim perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan termasuk menyediakan kediaman secara sewa beli kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan membuka peluang untuk mendapatkan peluang memiliki rumah menerusi Syarikat Perumahan Negara," katanya.

Beliau juga memina Akta Perlindungan Guru dipercepatkan dalam usaha membela nasib guru yang sering terdedah dengan pelbagai masalah termasuk saman daripada ibu bapa dan sebagainya.

"Penyediaan khidmat guaman adalah satu penghormatan kepada guru kerana kerjaya pendidikan perlu mendapat pembelaan sewajarnya.

"Soal pelanggaran undang-undang oleh guru, itu soal lain, tapi dalam perkaran membabitkan bidang kerjaya, guru diberi kemudahan membela dan mempertahankan diri," katanya.

BACA INI JUGA: Pemotongan Subsidi Tersembunyi Bajet 2016 Rakyat Wajib Tahu!

Sumber: SH


Pneumonia, penyakit yang mengancam jemaah haji


Ibadat haji merupakan rukun islam yang kelima. Ia wajib dilaksanakan oleh umat islam yang berkemampuan, baik dari segi harta benda mahupun kesihatan dan juga keselamatan untuk menunaikan ibadat tersebut. Walau bagaimanapun entry ini bukanlah ingin membicarakan perihal ibadat haji secara terperinci, tapi sebaliknya ia mengenai ancaman kesihatan yang menganggu gugat para jemaah haji. 

Entry ini adalah bersumberkan sebuah artikel kesihatan yang disiarkan di dalam akhbar Metro Ahad bertarikh 14. Ogos 2016. Saya kongsiakn di sini untuk manfaat bersama. 

Saban tahun, lebih dua juta jemaah haji yang datang dari lebih 180 buah negara berkumpul di Makkah untuk melaksanakan ibadat haji, dan lebih daripada 20 ribu daripada mereka ialah Jemaah dari Malaysia. Apabila berlaku percampuran manusia yang sebegitu ramai pada tempat dan masa yang sama, tentu sahaja boleh meningkatkan risiko gangguan kesihatan terhadap jemaah haji. 

Menurut Ketua Jabatan Respiratori Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Dr Razul Md Nazri Md Kassim,sebagaimana yang dilaporkan di dalam akhbar Meto Ahad bertarikh 14. Ogos.2016, beberapa risiko yang perlu dihadapi oleh jemaah haji kerana mereka datang dari pelbagai negara yang berlainan budaya dan tingkah laku berbeza. 

Menurutnya lagi, jumlah jemaah haji yang begitu ramai menyebabkan kedudukan individu dengan individu menjadi begitu rapat sewaktu mereka melaksanakan ibadat tersebut. Kita tidak dapat menggelak daripada tersentuh jemaah haji negara lain yang kita tidak ketahui status kesihatan mereka. Malah di sana juga kemudahan untuk jemaah haji terhad dan perlu berkongsi tandas dengan ribuan jemaah lain. 

Katanya lagi, Antara risiko yang terdedah kepada Jemaah haji ialah strok haba dan akan mengalami gejala seperti pening,muntah dan loya. Memandangkan cuaca yang panas dan keadaan penuh sesak, jemaah haji juga terdedah kepada matahari dan dehidrasi. 

Walaubagaimanapun, pneumonia mencatatkan jumlah kemasukan ke hospital paling tinggi berbanding pesakit lain dalam kalangan jemaah haji. Malah berdasarkan data terbaharu yang diperolehi, masalah utama membabitkan kesihatan jemaah haji adalah pneumonia. 

Pneumonia merupakan radang atau inflamasi pada paru-paru. Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria dan virus, tetapi boleh disebabkan juga oleh kulat dan parasit. Ia juga boleh terjadi akibat daripada tindak balas kimia atau fizikal. 

Menurut beliau lagi, sebanyak 338 kes kemasukan ke hospital disebabkan pneumonia berbanding kes-kes lain. Risiko untuk terjadinya pneumonia dalam kalangan jemaah haji jugalebih tinggi jika mereka sudah mempunyai penyakit lain dan telah berusia. 

Memandangkan umur purata jemaah haji dari Malaysia ialah 70 tahun, maka ia meningkatkan lagi kadar risiko untuk dijankiti pneumonia. 

Info Tambahan:

  • Buat masa sekarang, kerajaan hanya menyediakan suntikan vaksin meningococcal secara percuma dan wajib diambil oleh jemaah haji. 
  •  Bagaimanapun jemaah haji digalakkan mengambil vaksin pneumococcal untuk mencegah penyakit yang disebabkan streptococcus pneumonia serta suntikan vaksin influenza. 

Simptom Pneumonia.

  • Pesakit yang menghidap pneumonia mengadu sakit batuk berkahak warna kuning atau hijau. Pesakit juga akan mengalami demam panas dan menggigil. 
  • Kahak mereka yang dijangkiti streptococcus pnemoniae berwarna ‘karat’  
  • Sakit dada ketika menarik nafas atau ‘pleuritic chest pain’ adalah sakit yang dialami seperti ditusuk sesuatu yang tajam. 
  • Batuk berdarah
  • Berpeluh 
  • Sakit sendi dan otot 

Tanda serangan secara fizikal. 
  •  Tanda yang didapati apabila diperiksa oleh pengamal perubatan adalah demam dengan suhu badan lebih 37.8 darjah Celsius dan denyut nadi yang laju (100/minit) 
Tanda sistemik. 
  • Demam panas
  • Menggigil 
  • Sakit kepala 
  • Kurang selera makan.

Saturday 27 August 2016

BERPURDAH TAPI MATA TETAP DI SOLEK SEKSI & MENGGODA

BERPURDAH TAPI MATA TETAP DI SOLEK SEKSI & MENGGODA. Sekarang nampak berniqab atau berpurdah dah macam jadi satu fesyen pulak. Ramai dah orang pilih berniqab tapi tak ramai yang berniqab dengan niat yang betul. Maaf la aku memang tak layak nak cakap pasal aurat sebab aku pun belum sempurna cuma aku tertanya tanya je apa fungsi niqab kalau seorang perempuan itu masih nampak menggoda kaum yang berlawanan jantina?


Sebabnya aku tengok ada antara mereka berniqab ni walau tutup sampai nampak biji mata & kening jer.. Dia punya berhias kening & mata dia kemain cantik & menggoda sampai aku pun tergoda. Yelah.. even dia berniqab tapi dia masih nampak fashionista & seksi gitu. Serius nampak cantik sangat solekkan yang menyerlahkan mata dia tu. Tak perlu kau nak pakai gincu merah ang ang bak kata orang kedah.. dia tunjuk biji mata tu dah seribu kali lebih cantik dari muka aku ni hahahaha. Tapi aku tak tujukan pada mereka yang berniqab untuk photoshoot atau selfie yer... Aku tujukan buat mereka yang memilih berniqab secara kekal tapi masih menyerlahkan kecantikkan mata dengan kaedah solekkan.

Bila tengok fenomena macam tu tetiba tertanya.. Apa motif dia berniqab & apa motif dia solekkan mata dia sampai nampak menggoda & mungkin mengundang nafsu seksual orang lain? Berniqab ni rasanya tak wajib sebab muka bukan aurat. Tapi sebolehnya aku tak nak la sentuh bab aurat sebab aku sendiri pun belum sempurna. Kang jadi kecaman pulak. Cuma aku tertanya tanya golongan yang berniqab ni.. Walaupun bukan semua tapi boleh nampak semakin ramai yang berniqab macam satu trend fashion jer.. Tak ke nampak hipokrit macam tu. Kau nak menutup kecantikkan dari pandangan lelaki yang mungkin berimaginasi nakal & bernafsu buas tapi kau berhias sakan kat mata sampai menyerlahkan kecantikkan & nampak menggoda orang yang tengok kau berniqab pun jadi confuse jugak.

Sebagai perkongsian dengan semua. Selebihnya baca kat sini DRMAZA.com

Bukan apa kesian golongan yang berniqab yang betul2 nak menutup kecantikkan dari pandangan mereka yang bukan mahram tapi bila muncul golongan yang menjadikan niqab sebagai fashion seolah olah mempalit tahi kepada mereka2 yang berniqab dengan ikhlas & cara yang betul. Tak salah pun berniqab.. Yang jadi salah cara anda gunakan niqab tu. Kalau rasa tak bersedia untuk berniqab dengan niat betul.. Rasanya tak perlu la pakai kot. Buat golongan yang masih mencari hidayah macam aku ni confuse je. Niqab di Malaysia satu fesyen atau untuk menutup kecantikkan dari pandangan lelaki yang tak sepatutnya?

Moral of the story.. Dugaan zaman sekarang bagi golongan berniqab adalah selfie & upload gambar. Nak2 kalau ada smartphone ni >> Smartphone Photography Ni Buat Anda Sentiasa Rasa Nak Ambil Gambar << Jadi mungkin sebab teknologi smartphone dengan fungsi camera yang semakin canggih masing2 berlumba nak tunjuk kecantikkan dari gambar membuat Iman seorang wanita berniqab ni jugak tergugat. Tu yang jadi walau berniqab tetap pandangan mata dia nampak seksi dengan solekkan yang menggoda. hehehe

Remaja 18 Tahun Cipta Rekod Keliling Dunia Secara Solo


SYDNEY - Remaja Australia, Lachlan Smart, mencipta sejarah sebagai individu termuda terbang mengelilingi dunia secara solo dengan pesawat enjin tunggal.

Smart, 18, dari Queensland mendarat di Lapangan Terbang Maroochydore di Sunshine Coast, lokasi sama ketika dia mula berlepas 24 Julai lalu.

“Dapat berada di sini selepas terbang mengelilingi dunia sejauh 24,000 batu nautika, sangat melegakan,” katanya.

Remaja itu berhenti di 24 lokasi dan 15 negara sepanjang tujuh minggu pengembaraannya. Malah, dia menyifatkan keadaan cuaca dan komunikasi dengan pengawal trafik udara asing adalah cabaran terbesarnya. - Reuters

Monday 22 August 2016

SENAMAN LIDAH MENCEGAH ALZEIMER

GAMBAR HIASAN
Apa itu Alzeimer?
SENAMAN LIDAH, bukan sekadar boleh mencegah Alzeimer, tetapi juga boleh menurunkan:
o Berat badan
o hypertensi
o penyumbatan pembuluh barah otak
o asthma
o rabun jauh
o telinga berdengung
o infeksi tengorok
o infeksi bahu
o insomia (susah tidur)
o dan lain2
Gerakannya sangat mudah.
Setiap pagi selepas membasuh muka,
JULURKAN LIDAH dan MENARIK KEMBALI sebanyak 10X,
Seterusnya JULURKAN LIDAH
lalu digerakan ke kanan dan kiri sebanyak 10X,
Sejak itu aku melakukan senaman lidah ini setiap hari berterusan utk melihat hasilnya.
Hasil dari Rawatan gerakan Senaman Lidah ini telah menghasilkan :
o Otak menjadi lebih pintar dan cergas
o rabun jauh semakin kurang
o kepala tidak pening lagi
o masalah penghadaman semakin baik
o Mudah penat dan lain2 penyakit yang selama ini yg ku hidapi semakin berkurangan
o badan menjadi lebih cergas
catatan redaksi :
Senaman Lidah mencegah penyakit Alzeimer ada asasnya.
Dari kajian Ilmu Kedoktoran, saraf lidah ini ada hubung kait dengan Otak Besar.
Apabila badan kita menjadi tua dan lemah, tanda2 yg muncul terlebih dahulu adalah lidah menjadi kaku dan kadang2 lidah suka tergigit sendiri.
Oleh itu amalkanlah menggerakkan lidah dengan Senaman Lidah ini akan menstimulasikan
(memberi kejutan positive) Otak Besar kita, mencegah Otak kita mengecil, dan mencapai tujuan utk menyihatkan tubuh kita.
Semoga semua teman2 istiqomah dengan amalan yg mudah utk kita melakukannya setiap hari.
Senaman Lidah ketepatan hasilnya 95% - 100%
Alangkah bahagianya kita dapat berkongsi dgn ramai kenalan kita.
"Mungkin Ada Yg Memerlukannya"
SEMOGA BERMANFAAT
( Sumber dr biro Sukarelawan Hospital Ampang)
Sebab itulah bg ahli Aura Metafizik kita disarankn dan digalakkan memperbanyakkn membaca AlQuran dgn mahraj dan tajwid yg betul
kerana lidah kita akn bergerak dan menghidupkn saraf2 halus yg berhubung dgn otak besar.
Muga bermanfaat bg semua.


Abang Kepada Omran Daqnish Disahkan Meninggal Dunia


Abang kepada Omran Daqnish, 5, disahkan telah meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital di Syria semalam.
Ali Daqneesh, 10, mengalami kecederaan teruk selepas rumah mereka dipercayai telah disasarkan dalam serangan udara ke sebuah bangunan di Aleppo, Syria pada Rabu.
Dalam serangan itu, seluruh keluarga Omran dilaporkan selamat tetapi ada yang mengalami kecederaan parah akibat ditimpa runtuhan bagunan dan dibawa keluar oleh pasukan penyelamat sukarelawan sebelum dihantar ke hospital.
Menurut aktivis Aleppo, penduduk tempatan telah ebrkumpul di rumah keluarga ini sebagai tanda berkabung dengan berita kematian kanak-kanak itu.

Kerana perkembangan terbaru ini, beberapa kempen Solidariti Syria yang berpangkalan di United Kingdom (UK), telah menggesa masyarakat supaya melancarkan bantahan jenayah perang terhadap negara bergolak itu.
Menceritakan detik-detik cemas semasa seangan berlaku, Abu Ali yang merupakan bapa kepada kedua-dua beradik ini berkatam serangan berlaku ketika anak sulungnya itu sedang bermain di luar rumahnnya bersama rakan yang lain sementara dia dan Omran berada di dalam rumah ketika kejadian.

“Ia amat menyakitkan bagi saya apabila melihat anak-anak cedera dan berada dalam runtuhan bangunan di depan mata saya,” katanya.
Berdasarkan rekod yang dikeluarkan Badan Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria menganggarkan setakat Ogos sahaja, seramai 142 kanak-kanak telah terkorban.
Manakala 50,000 kanak-kanak lagi dipercayai terbunuh dalam tempoh lima tahun sejak negara itu menjadi medan perang antara regim Bashar Al-Assad dengan kumpulan pemberontak.

Sunday 21 August 2016

tmj bakal tinggalkan seketika jdt jika menang liga super 3 kali berturut turut?

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui dirinya ingin berehat seketika daripada bola sepak.

Beliau yang ditemui pada sesi dialog bersama penyokong dan media, di sini hari ini berkata keputusan untuk berehat antara setahun dan tiga tahun itu mungkin dilaksanakan sekiranya JDT meraih kejuaraan Liga Super buat kali ketiga berturut-turut tahun ini.

TMJ mahu rehat seketika daripada bola sepak
TMJ mahu rehat seketika daripada bola sepak

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor percaya JDT mempunyai ramai pelapis berkelayakan dalam menerajui kepimpinan sewaktu ketiadaannya, apa lagi ia juga sudah mempunyai sistem pentadbiran yang ditetapkan.

“Saya tidak nafikan sudah banyak kali terfikir untuk mula menjalankan tugas yang lain dan tidak lagi berada dalam kelab.

“Bagaimanapun, saya belum ada apa-apa perancangan jelas dan sedang menilai kelab ini secara keseluruhan,” katanya yang turut sedar tindakan itu akan menggembirakan sesetengah pihak yang menginginkan pengundurannya daripada bola sepak.

Mengenai isu lain, Tunku Ismail berkata JDT bakal kehilangan penajaan antara RM35 juta hingga RM40 juta tahun depan sekiranya kehadiran penonton terus menunjukkan penurunan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini.

Katanya kedudukan itu bermakna JDT bukan lagi dalam keadaan boleh membeli pemain yang hebat malah terpaksa menjual atau mengeluarkan sesetengah pemain untuk memastikan kewangannya tidak terjejas.

“Sebab itu, saya sering menasihati penyokong dan perkara ini tidak sepatutnya menjadi perkara jangka masa pendek.

“Penyokong mempunyai tanggungjawab ke atas kedudukan JDT kini, sama ada dari segi kewangan ataupun sokongan padu,” katanya.



‘Rio pentas Olimpik terakhir saya’


RIO DE JANEIRO – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei memberi bayangan yang sangat jelas mengenai hasrat untuk bersara selepas terus kemarau pingat emas di pentas Sukan Olimpik apabila tewas kepada Chen Long pada aksi final acara perseora­ngan lelaki kelmarin.

Menurut Chong Wei, sudah tiba masanya untuk para pemain muda menggalas harapan negara seperti yang dilakukannya sejak lebih sedekad lalu.

Dia juga mengakui bahawa temasya di Rio kali ini merupakan Sukan Olimpik terakhir buatnya.

“Tokyo? Saya fikir itu tidak mungkin. Saya jangkakan Kejohanan Dunia pada 21 hingga 27 Ogos di Glasgow, Scotland tahun depan berkemungkinan menjadi kejohanan terbesar dan terakhir buat saya.

“Selepas itu saya perlu berhenti untuk memberi peluang pemain muda pula menggalas tugas besar termasuk pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, empat tahun dari sekarang.

“Bagaimanapun, saya berharap agar masih mampu menyumbang sesuatu untuk sukan badminton di Malaysia. Saya mungkin akan melawat sekolah-sekolah untuk membantu memberikan dorongan dan sokongan kepada para pemain muda bagi memastikan mereka lebih serius menceburkan diri dalam sukan ini.”

Chong Wei berkata demikian pada sidang akhbar selepas perlawanan akhir kelmarin.

Tambahnya, pentas Rio bukan sahaja yang terakhir untuknya tetapi juga buat bintang sensasi China, Lin Dan selepas usia mereka yang sudah menginjak 33 tahun selain menyifatkan pertemuan mereka pada separuh akhir agak antiklimaks kerana sepatutnya mereka berdua bertemu di final.

Pada aksi penentuan pingat emas kelmarin, Chong Wei tewas straight set 18-21, 18-21 kepada Chen Long dan terpaksa berpuas hati merangkul pingat perak selepas sebelum ini turut memenanginya dua pingat yang sama pada edisi di Beijing (2008) dan London (2012).

Mengulas mengenai kekalahannya pada aksi final tersebut, Chong Wei mengakui bahawa ia adalah suatu yang sangat memeritkan ketika seluruh rakyat Malaysia menyandarkan harapan kepadanya untuk meraih pingat emas pertama buat negara di pentas Olimpik.

“Saya mara ke perlawanan akhir Sukan Olimpik sebanyak tiga kali, namun gagal memenangi pingat emas. Kekalahan kali ini mungkin sesuatu yang sangat menyedihkan kerana Malaysia tidak pernah mendapatkannya.

“Saya sendiri dan seluruh rak­yat Malaysia berharap pi­ngat emas dapat dijelmakan kali ini tetapi misi tersebut tetap menemui kegagalan. Saya sudah memberikan segala-galanya apa yang saya ada tetapi lawan saya (Chen Long) bermain lebih baik,” ujarnya.

Katanya, Rio merupakan per­sembahan terbaik yang diberikan oleh semua atlet negara yang beraksi dalam acara masing-masing kerana berjaya membawa pulang empat pingat perak serta satu gangsa.

“Saya berharap momentum cemerlang seperti ini dapat diteruskan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, sekali gus mengakhiri penantian untuk meraih emas pertama negara,” jelasnya.sumber

Monday 15 August 2016

KANAK-KANAK TIONG HUA BUKAN ISLAM MENGALIRKAN AIR MATA KETIKA LAUNGKAN AZAN



RALAT - KANAK-KANAK INI SEBENARNYA ANAK KEPADA PASANGAN MUALAF. BERMAKNA DIA BERAGAMA ISLAM.

TERIMA KASIH KEPADA PENUNJUNG YANG MEMBERIKAN MAKLUMAT SEBENAR.

DI BAWAH ADALAH TULISAN SAYA YANG BERSUMBERKAN WHATSAPP SEBELUM INI.




Seorang kanak-kanak dipercayai berketurunan cina telah merakamkan dirinya melaungkan azan walaupun dia sendiri bukan beragama Islam. 

Kanak-kanak yang dipercayai menghidap masalah kesihatan itu juga mengalirkan air mata tat kala melafazkan " HAIYA 'ALAL FALAH"

Begitulah kehendak Allah. Sesuatu yang tidak dijangka boleh menjadi satu kenyataan yang sangat mengharukan.

Diharap tidak ada sesiapa antara kita yang buruk sangka terhadap kanak-kanak ini.

Menurut sumber asal whatsapp, kanak-kanak ini tinggal berhampiran dengan masjid dan mendengar azan 5 kali sehari. Begitulah cara dia menghafal azan.



Gambar isteri Baddrol Bakhtiar selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama

anak baddrol1
Tahniah kepada pemain bola skuad negeri kedah dan kebangsaan Baddrol Bakhtiar dan isteri yang diberitakan telah pun selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Berita gembira ini telah dimuat naik ke Facebook menerusi pages rasmi tempat isteri Baddrol bersalin iaitu Puteriayumedicalcentre /Wisma Pakar Perbidanan & Sakit Puan Sg Petani.
anak baddrol1
Menerusi status yang ditulis bersama gambar ini, pihak kakitangan hospital berkenaan berterima kasih kepada pasangan ini kerana memilih untuk menerima perkhidmatan dari hospital tersebut.
Difahamkan isteri Baddrol, Nur Izyan, selamat melahirkan bayi perempuan pada hari Sabtu yang lalu.
Beberapa keping gambar telah dimuat naik memaparkan Baddrol dan isteri bersama kakitangan hospital berkenaan bergambar kenangan.
anak baddrol2anak baddrol3


    Semoga kehadiran cahaya mata baru ini akan mengeratkan lagi hubungan Baddrol dan isteri serta menjadi penyeri rumah tangga.

    Viral, Selepas Murtad Gambar Misteri Amirandah Terdedah Di Google.




    Agama islam itu sudah cukup sempurna dan indah, kenapa masih belum ada yang nampak semua itu?

    ASTAGHFIRULLAH! Memang itulah ungkapan yang akan jelas kedengaran jika ada di antara daripada kita yang telah memilih jalan yang salah seperti keluar dari Agama Islam.

    Siapa yang tak terkejut bila mendengar khabar angin mengatakan artis Sinetron kegemaran ramai, Asmirandah atau nama penuhnya Asmirandah Zantman dengan rasminya kini bukan lagi penganut Agama Islam.

    Keputusan untuk menukar agama terjadi setelah suaminya Jonas Rivanno gagal memeluk Islam dan demi cintanya yang utuh serta setia terhadap suami, Asmirandah sanggup bertukar ke agama Kristian.

    Malah apa yang menyedihkan, Asmirandah lebih memilih untuk mengikut suaminya dan menjauhkan diri daripada orang tuanya, sangat pilu hati! Semoga ada sinar yang akan menyinari hidupnya kembali wallahualam.

    Inilah wajahnya selepas dirinya mula memeluk agama Kristian! 




    Saturday 13 August 2016

    Kembali menulis..



    Salam Qaseh,

    Bertemu lagi, setelah sekian tahun tidak menulis.

    Blog ini terbiar, bertahun tanpa pengisian.

    kerana saya terlalu sibuk belajar berniaga hingga kan tak mampu untuk fokus menulis.
    biasa pun hanya menulis ringkas-ringkas di FaceBook., dan kadang2 di instagram.

    Blog ini asalnya domain kakyong.com

    sekarang saya tukar linknya kepada kakyonghy.blogspot.com

    Saya kekalkan 'rupa parasnya', kerana comel dah (perasan tak hengat).. tak perlu nak rebranding. Biarlah rupanya kekal begitu, kerana fokus saya hanya mahu menulis dan berkongsi.


    Apa saya buat sekarang ni yer?

    Saya sekarang ni seorang ibu yang bekerjaya dari rumah.

    Saya menceburkan diri dengan bisnes Qaseh Gold , produk edaran Ana Edar.
    dan saya juga Agen bagi rangkain produk Sutra.


    ini gambar anak-anak saya.
    Anak-anak saya ini lah penguat semangat saya untuk terus maju dalam bidang yang saya ceburi sekarang ini.


    model cilik Qaseh Gold

    Anak-anak semasa membantu saya di jualan booth di Ipoh


    60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

    60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...