Monday 15 August 2016

Gambar isteri Baddrol Bakhtiar selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama

anak baddrol1
Tahniah kepada pemain bola skuad negeri kedah dan kebangsaan Baddrol Bakhtiar dan isteri yang diberitakan telah pun selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Berita gembira ini telah dimuat naik ke Facebook menerusi pages rasmi tempat isteri Baddrol bersalin iaitu Puteriayumedicalcentre /Wisma Pakar Perbidanan & Sakit Puan Sg Petani.
anak baddrol1
Menerusi status yang ditulis bersama gambar ini, pihak kakitangan hospital berkenaan berterima kasih kepada pasangan ini kerana memilih untuk menerima perkhidmatan dari hospital tersebut.
Difahamkan isteri Baddrol, Nur Izyan, selamat melahirkan bayi perempuan pada hari Sabtu yang lalu.
Beberapa keping gambar telah dimuat naik memaparkan Baddrol dan isteri bersama kakitangan hospital berkenaan bergambar kenangan.
anak baddrol2anak baddrol3


    Semoga kehadiran cahaya mata baru ini akan mengeratkan lagi hubungan Baddrol dan isteri serta menjadi penyeri rumah tangga.

    No comments:

    Post a Comment

    60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

    60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...