Saturday 27 August 2016

Remaja 18 Tahun Cipta Rekod Keliling Dunia Secara Solo


SYDNEY - Remaja Australia, Lachlan Smart, mencipta sejarah sebagai individu termuda terbang mengelilingi dunia secara solo dengan pesawat enjin tunggal.

Smart, 18, dari Queensland mendarat di Lapangan Terbang Maroochydore di Sunshine Coast, lokasi sama ketika dia mula berlepas 24 Julai lalu.

“Dapat berada di sini selepas terbang mengelilingi dunia sejauh 24,000 batu nautika, sangat melegakan,” katanya.

Remaja itu berhenti di 24 lokasi dan 15 negara sepanjang tujuh minggu pengembaraannya. Malah, dia menyifatkan keadaan cuaca dan komunikasi dengan pengawal trafik udara asing adalah cabaran terbesarnya. - Reuters

No comments:

Post a Comment

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...