Friday 16 September 2016

Tuan Guru Haron Din Meninggal Dunia


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din,76, dilaporkan telah meninggal dunia jam 10.10 pagi sebentar tadi selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Berita pemergian Tuan Guru Haron Din ini telah dimuatnaik dalam ke laman Facebook  rasmi Tuan Guru iaitu Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official).


Perkara ini turut disahkan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, menerusi akaun rasmi Facebook miliknya sebentar tadi.

"Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima bahawa Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US. 




Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani juga telah memuatnaik satu status mengesahkan berita ini.


Laporan sebelum ini menyatakan Tuan Guru telah berlepas ke AS beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya di mana sebelum ini beliau pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital berkenaan pada 2 April 2012. Mac lalu.

BACA: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haron Din Kritikal

Semoga Roh Murabbi Ummah ini ditempatkan dikalangan para Shuhada dan Solihin.

Sunday 11 September 2016

Iklan Lucah Terlampau Kak Mawar Cetus Kecaman

Dah makin teruk dah cara nak promosi produk kat Malaysia ni.. dah takdak cara lain ke? Sampai sanggup malukan diri sendiri?




mari kita belajar ape itu antonim??!!!




Sekumpulan Muslim dimaki, disimbah kopi selepas solat di taman

Sekumpulan Muslim dimaki, disimbah kopi selepas solat di taman
Seorang kakitangan awam California, Denise Slader, dilihat melontarkan kata-kata anti-Islam terhadap sekumpulan orang Islam yang bersolat di taman hujung minggu lalu.
Seorang kakitangan awam California, Denise Slader, dilihat melontarkan kata-kata anti-Islam terhadap sekumpulan orang Islam yang bersolat di taman berhampiran Tasik Chabot hujung minggu lalu.

Rakaman video salah seorang mangsa, Rasheed Albeshari, menunjukkan wanita itu bersuara lantang ke arah kumpulan tersebut sambil menyatakan bahawa mereka telah “menyeksa” orang lain dan telah “dibrainwash”.

Seorang renjer taman muncul untuk menenangkan keadaan, namun Slader naik berang dan menyerang Albeshari kerana masih meneruskan rakaman.

Albeshari mendakwa dirinya turut disimbah kopi dan dipukul dengan payung.

Susulan kejadian itu, Albeshari memuat naik video berkenaan di laman Facebooknya yang kini telah menjana kira-kira 278,000 tontonan.


Menurut Albeshari, beliau bersama beberapa orang rakan pada asalnya ke taman tersebut untuk bermain bola tampar dan menjalankan sesi BBQ.

Albeshari berada di dalam kereta apabila Slader mendekati rakan-rakan beliau yang baru selesai solat. Beliau mendakwa Slader bertanya adakah mereka mempercayai Jesus.

Mereka menjawab ya malah mereka menghormati Jesus namun Slader meneruskan kutukan terhadap Islam. Ketika itulah Albeshari keluar dari kereta dan mula merakam video.

Selepas kejadian itu, Slader ke balai polis untuk menjelaskan keadaan dirinya sebagai mangsa dalam kejadian tersebut kerana Albeshari merakamnya di tempat awam tanpa kebenaran.

Ketika ditemubual oleh saluran televisyen tempatan KTVU, Slader mempertahankan tindakannya.

“Tuhan yang mereka sembah di taman itu secara terbuka, bukan tuhan sebenar, tetapi syaitan,” ujar Slader sambil menambah, “Nampaknya sudah tidak ada kebebasan bersuara.”
Sementara itu, Albeshari berharap agar Slader menghadapi pertuduhan di atas tindakannya yang nyata sekali merupakan jenayah kebencian.

Walau bagaimanapun, Albeshari menegaskan individu seperti Slader tidak mewakili rakyat Amerika secara keseluruhan.

"Ini cuma minoriti kecil Amerika. Ini bukan kita yang sebenar. Itu saya tahu," ujar Albeshari.

Paralimpik 2016: 8 fakta yang anda perlu tahu tentang Ziyad Zolkefli

Paralimpik 2016: 8 fakta yang anda perlu tahu tentang Ziyad Zolkefli
Ziyad pernah diiktirafkan sebagai Atlet Paralimpik Negara Terbaik bagi tahun 2013 oleh Anugerah Sukan Negara.
Hari ini, lagu Negaraku berkumandang di Rio, Brazil buat kali pertama selepas dua atlet Paralimpik berjaya meraih pingat emas.

Mereka berjaya melakar sejarah dengan menyumbang pingat pertama Paralimpik.

Selain Mohamad Ridzuan Puzi yang melakar sejarah dalam acara trek, Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya meraih pingat emas dalam kategori F20 acara lontar peluru, sekali gus mencipta rekod dunia baharu dalam acara tersebut.

Ziyad melontar peluru sejauh 16.84 dan berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012.

Kejayaan ini nyata membanggakan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi ini merupakan satu sejarah yang dicipta oleh seorang anak istimewa negara.

Tetapi, sejauh manakah anda mengenali Ziyad? Berikut adalah beberapa fakta yang anda perlu tahu tentang atlet Paralimpik itu.


1. Berusia 26 tahun, Ziyad menghidap masalah pembelajaran (intellectual impairment) dan ia dikenal pasti ketika beliau berada di bangku tadika.

2. Ziyad merupakan anak sulung daripada empat beradik.

3. Menurut portal Paralympic, Ziyad mula menceburi sukan ini sejak tahun 2008. Ia merupakan satu acara sukan yang wajib di sekolahnya.

4. Ziyad membuat kemunculan pertama dalam Kejohahan Paralimpik di London pada tahun 2012, dan ketika itu beliau berjaya memenangi pingat gangsa.

5. Beliau pernah memenangi pingat emas kategori F20 lelaki dalam Kejohanan Olahraga Dunia JawatanKuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada tahun 2013.

6. Selain itu, Wikipedia melaporkan, Ziyad turut raih pingat emas dalam Sukan Para Asia yang berlangsung pada tahun 2014.
7. Selepas kemenangannya dalam Kejohanan Dunia 2013, Ziyad diiktirafkan sebagai Atlet Paralimpik Negara Terbaik bagi tahun 2013 oleh Anugerah Sukan Negara.

8. Menurut ayahnya, Zolkefli, sebelum Ziyad menyertai Majlis Sukan Negara, beliau menjual kuey tiau di Jalan Tuanku Abdul Rahman, lapor Free Malaysia Today.

Kanak-Kanak Ini Enggan Lepaskan Ibunya Yang Sudah Meninggal Dunia


picmonkey-collage
Oleh Feyra Nasrom Sumber FB Sharifah Asma Syed Ke

Kehilangan ibu tersayang adalah sesuatu yang memeritkan. Tak dapat bayangkan jika suatu hari nanti kita juga akan berdepan dengan perkara yang sama. Oleh itu, hargailah ibu tersayang selagi dia masih ada. Video seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Darwish viral di sosial media apabila dia kelhatan enggan melepaskan pemergian ibunya di sebuah hospital Alor Setar.

Darwish tidak henti-henti meratapi jenazah ibunya sambil menangis dan memeluk erat seoalah-olah mengharapkan arwah ibunya masih lagi hidup. Rakaman video yang berdurasi lebih kurang 2 minit itu dirakam oleh ibu saudaranya dan dimuat naik ke laman sosial sebelum ianya mula menjadi viral.

Rata-rata yang melihat video tersebut membuatkan ramai yang sebak dan berharap agar Darwish diberi kekuatan untuk meneruskan hari-hari akan datang tanpa ibu disisi. Berikut merupakan kisah penuh yang dikongsi oleh Sharifah Asma sebelum pemergian ibu Darwish ini.

“My niece tak pernah ada sakit apa-apa pun sebelum ini. Cumanya, bila dia pregnant, dia dapat darah tinggi tiba-tiba sahaja. Itu pun semasa dia hamil, dia pun tak tahu sampailah kandungan dia berusia 3 bulan, baru dia tahu. 

“Masa kejadian itu, dia hamil 6 bulan. Pada mulanya dia sakit tengkuk dan kepala. Dia minta anak dia picitkan. Selepas itu tiba-tiba saja dia tidak sedar. Then suami dia pulang dari office terus menghubungi ambulance, bawa pergi ke hospital. 

Menurut doktor, pembuluh darah dia dah pecah dan darah sudah spread ke otak dan perlukan pembedahan segera. Terpaksalah bawa ke Hospital Besar Alor Setar. Tapi pada masa itu, dia dah elok dan boleh bercakap lagi. 

Sebelum pembedahan, dia nak tengok Darwish sebab Darwish sangat rapat dengan dia. Nak tidur pun, ibu dia yang kena tidurkan dia. 

“Pembedahan berlangsung selama 12 jam. Selepas keluar dari bilik pembedahan, dia terus koma dan langsung tiada sebarang respon. Beberapa hari kemudian, bayi dalam kandungannya meninggal dunia. Arwah pula under ventilator.

Selepas beberapa hari, doktor buat keputusan untuk memberhentikan ventilator sebab dia dah tak ada respon. Masa itu, kalau sesiapa yang ada di ICU akan menangis teruk. Mana mampu nak melihat ratapan anak-anak dia bila doktor nak buka life support itu? Operation dia di kepala, jadi tempurung kepala dibuka. Bayangkan macam mana sakitnya kan?

“Sedih sangat. Arwah sempat berpuasa beberapa hari saja sebelum meninggal. Kakak Darwish pula SPM tahun ini. Anak yang bongsu, perempuan, berusia lebih kurang 4 tahun. Tapi yang paling teruk, Darwish. Daddy dia kata kadang-kadang itu itu Darwish menangis sampai jam 4 ke 5 pagi sebab nak mummy dia,” katanya.

Hati siapa yang tidak terusik melihat video yang menyayatkan hati ini. Salam takziah kepada keluarga Darwish dan moga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-fatihah…

Video Danish bersama arwah ibu di hospital:

Ya Allah!! Berilah kekuatan kepada hambamu ini. Aaminn!!

Assalamualaikum.Di kg apa apa,jln nak gi gelang mas/meranti, pasir mas (dekat pondok tahfiz.adik Ummul Najwa Nasuha Binti.mohd Zukifli kanser mata. Salurkan sumbangan ke
akaun BSN Ibunya 03007-41-00017613-5 SITI NOR FATIHAH BiNTI MUHAMED..Semoga yang membantu dipermudahkan dan dirahmati allah.kisah kanak ini akan keluar dalam akhbar.nanti lan maklum bila keluar.jika ada nak join group whatsapp kerjaya semalaysia,minta whatsapp lan 0148414517.(setakat ni dah 4 group 900 lebih ahli)

Isu Bayi Meninggal Di Dalam Perut, PAC Hospital Ampang Diminta Bertanggungjawab



Bukanlah Nak memihak kepada mana-mana pihak, tapi kes yang berlaku ni perlukan jawapan dari pihak Hospital Ampang dan tidak boleh didiamkan begitu sahaja kerana ianya melibatkan dua jasad yang tidak bermaya.

Berikut adalah luahan hatiyang diluahkan Fiza Kamarudin tentang adiknya yang baru kehilangan anak di dalam kandungan baru-baru ini.

Allahu beratnya dugaan kau adikku.

Saya menulis bukan kerana saya menolak takdir dan ketentuan Illahi. Tetapi sebagai manausia biasa, saya terkilan. Terkilan dengan kecuaian manusia yang di panggil DOKTOR!

Adik saya, sepatutnya bersalin pada 30 Ogos 2016, tetapi sudah ditakdirkan Allah SWT, bayi overdue dan dia sepatutnya dimasukkan ke wad hari ini 8 September 2016.

Bukan itu yang buat saya terkilan dan kecewa. Saya kecewa dengan pengurusan di PAC HOSPITAL AMPANG.

Sepanjang tempoh seminggu overdue, adik saya berulang-alik ke hospital kerana sakit perut. Tapi macam biasa, DOKTOR cakap "baliklah dulu, nanti kalau ada tanda-tanda seperti keluar lendir dan darah, air ketuban pecah atau darah, barulah puan datang sini.."

Saya kira, adalah enam hingga tujuh kali adik saya berulang ke PAC Hospital Ampang dalam tempoh tersebut.

Tetapi sangat menyedihkan kerana doktor hanya menyuruh adik saya pulang walaupun adik saya mengadu sudah sakit kuat dan ada lendir keluar (salah satu tanda bersalin). Tindakan doktor, hanya suruh adik saya pulang dan tunggu darah penuh satu 'pad' atau air ketuban pecah baru datang balik. 
Alasan: Show Biasa.

Siapalah kita untuk melawan kata DOKTOR yang sangat berpengetahuan dalam bidang ini kan? Adik saya ulang lagi ke PAC selepas ada sesuatu yang kelihatan seperti tali pusat keluar. Tapi, perkara sama; disuruh pulang dan normal. Mereka masih mengharapkan darah satu pad dan ketuban pecah barulah adik saya akan ditahan diwad.

Terkini, pada Selasa lepas adik saya sekali lagi ke PAC HOSPITAL AMPANG, kerana sakit kuat dan keluar lendir tetapi dia disuruh pulang. Kata doktor, tanda biasa, bayi normal.

Saya sudah mula rasa tidak kena kerana saya dahulu pun overdue tetapi bila ada bukaan 2cm saya terus ditahan diwad! Tapi kenapa adik saya tidak walaupun tanda-tanda sudah ada?

Bukankah sepatutnya dia dipantau? Saya juga tertanya-tanya adakah DOKTOR yang bertugas tidak memeriksa degupan jantung bayi pada malam tersebut?

Aneh.

Tetapi, kami telan.

Maklumlah merekakan DOKTOR!

Hari ini, jam 10 pagi ketika saya sedang bersiap ke pejabat, Emak saya menerima panggilan telefon dari hospital selepas saya kira satu jam pulang dari menghantar adik saya ke wad!

"Puan, ada masalah dengan bayi. Degupan jantung dah tak ada!"

Allahu..semudah itu? Tidak bernilaikah nyawa kepada kalian?

Di hospital, Doktor pakar pula tertanya-tanya mengapa adik saya tidak dimasukkan ke wad lebih awal selepas dia datang ke PAC dan ada tanda-tanda bersalin ditunjukkan?

Dan mengapa sehingga ke saat ini keluarga saya iaitu emak dan abah saya yang berada di hospital menemani adik saya tidak diberi keterangan langsung oleh pihak hospital tentang sebab kematian cucu mereka?

Saya terima qada dan qadar Allah, tetapi saya minta pihak hospital AMPANG lebih bertanggung jawab dengan memberi keterangan tentang kematian bayi adik saya!

Jangan jadi bacul dan duduk diam!

Kami perlukan penjelasan. Kami mahu tahu bila bayi tersebut meninggal dunia? Sebab kematian?

Kenapa adik saya disuruh pulang walaupun tanda-tanda bersalin dah ada? Bukankah dia sepatutnya dipantau kerana dia overdue? Saya tidak pasti DOKTOR di PAC HOSPITAL AMPANG (yang bertugas kendalikan adik saya) sedar atau tidak tentang tanda-tanda sebelum kelahiran? Mahu tunggu ketuban pecah? Darah penuh pad? Saya sendiri, kedua-dua anak doktor yang pecahkan ketuban!

Lendir bercampur darah yang keluar dari rahim adik saya dan kesakitan yang dia alami itu, bukaan salah satu dari tanda kelahiran?

Oh ya! Lupa pula saya nak ceritakan..

Doktor yang meminta adik saya pulang beberapa hari lepas (selasa) ada di hospital pagi tadi.
Ambil darah adik saya, tetapi tidak isi borang. Dan akhirnya doktor lain pula terpaksa ambil darah adik saya sekali lagi. Cuainya awak wahai DOKTOR!

Agaknya masih terkejut selepas doktor pakar beritahu bayi dah meninggal dunia!

Kepada adik saya, Siti Norhazlinda Kamarudin dan suami kalian sangat tabah ketika menerima berita ini.

Linda adikku walaupun yang diteran nanti hanyalah jasad tanpa nyawa, kuat dan bertahanlah sayang.
Along doakan Linda sembuh dari demam (adik saya demam secara tiba-tiba dengan suhu 38 darjah) untuk 'push' baby keluar dari rahim sucimu dik.

Innalillahiwainnaillahirojiun, Damailah wahai anak syurga.

Kecewa,
Siti Nor Hafiza Kamarudin
Bukan seorang DOKTOR

Kes macam ni bukanlah baru. Belum nak dikisahkan lagi tentang pengalaman layanan yang diterima orang semuanya lain-lain. Ada yang baik-baik sahaja dan ada yang macam langsung tak diundang berada di hospital. Diharapkan pihak berkenaan tampil membuat kenyataan akan perkara ini agar ianya tak berulang dalam masa yang sama menjawab 1001 tanda tanya dan trauma yang dialami keluarga mangsa.

PANEL KWSP HALAU SAYA MACAM PENGEMIS – LUAHAN HATI SEORANG SURI RUMAH YANG PATUT KITA VIRALKAN


Seorang suri rumah yang menghadapi masalah kesihatan kecewa dengan layanan yang diberikan oleh panel doktor yang dilantik mengendalikan kes berkaitan pengeluaran Hilang Upaya Kekal, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 




Panel KWSP Halau Saya Macam Pengemis – Luahan Hati Seorang Suri Rumah Yang Patut Kita Viralkan

Menurut Aizah Aliuddin, 38 yang dihubungi sebentar tadi berkata, “permohonannya untuk mengeluarkan duit caruman KWSP itu ditolak kerana dikatakan tidak layak”, katanya.

“Selepas diberhentikan kerja saya buat permohonan dan pegawai KWSP yang meneliti permohonan tersebut maklumkan ia tidak ada masalah kerana semua dokumen yang di perlukan telah lengkap”.

“Tapi saya perlu berjumpa dengan panel doktor yang ditetapkan oleh KWSP bagi membolehkan permohonan tersebut diproses” katanya.

Namun menurutnya, apa yang mengecewakan sebaik sahaja hadir untuk sesi pemeriksaan yang diaturkan, pegawai perubatan yang bertugas terus menghalaunya pulang.

“Saya amat kecewa apabila mereka melayan saya seperti pengemis sedang saya hanya mahu menuntut hak saya… bayangkan sebaik sahaja di panggil masuk ke bilik pemeriksaan mereka terus menghalau saya balik tanpa sebarang alasan yang munasabah sedangkan saya belum sempat duduk pun.
“Sebaik sahaja melihat saya datang, doktor wanita (panel tersebut mempunyai tiga doktor) itu terus kata.. dah, awak balik lah.. awak boleh kerja… setakat sakit buah pinggang je… awak kene ada dua-tiga penyakit lain baru boleh mohon… jangan awak ingat socso dah bagi bantuan, KWSP senang-senang nak kasi kasi awak duit. boleh balik!” ujarnya sedih ketika menceritakan kembali detik tersebut.

Menurut Aizah lagi, permohonan tersebut bukan dibuat untuk bersuka-ria tapi untuk menampung kos perubatan yang diperlukan serta membiayai persekolahan empat orang anaknya.

“Saya sudah diberhentikan kerja kerana sering ambil cuti sakit bagi mendapatkan rawatan…dalam seminggu tiga hari diperlukan untuk dialisis dan kos perubatan saya sekitar 700 – 800 sebulan.

“Keempat-empat anak saya masih bersekolah dan suami saya hanya bekerja sebagai pemandu.. tapi mengapa mereka melayan saya seperti ini, kami tidak pernah minta diberikan ujian sakit seperti ini,” ujarnya lagi.

Paling mengecewakan beliau apabila penolakkan permohonan tersebut hanya dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa sebarang alasan yang munasabah.

“Selepas tiga hari saya menerima SMS maklumkan yang mengatakan permohonan saya ditolak.

“Saya benar-benar mengharapkan mereka yang bertanggungjawab membantu kami insan yang tidak berdaya ini untuk mempertahankan hak kami… bukan hanya untuk saya tapi untuk semua pesakit kronik lain yang senasib” ujarnya lagi sebelum mengakhiri perbualan.

'HADIAH' SULTAN Buat Uqasha Senrose Kerana Membuka Hijabnya Ini Dapat Lebih 10 Ribu Share ! MEMANG MAKAN DALAM PADUU PUNYA KALAU UQASHA SENROSE BACA NI... MOHON INSAFFF




#Surat terbuka buat Uqasha ku..

#Kehadapan Uqasha Senrose yang saya sayangi..
sejak dua menjak ni,Malaysia sangat kecoh sebab awak..sampai ada yang terlupa nak sambut merdeka sebab bz membincangkan tentang awak..awak hebat!

#Uqasha ku sayang,tahukah awak bahawa seorang Da'i telah dikecam sebab surat terbukanya kepada awak..dan kemudian ada seorang ustaz lain pula menegur dai itu...dia pun di kecam juga...

#dai dan ustaz pun kena kecam...saya berharap tak ada sape kecam saya sebab tulis surat ini pada awak..saya hanyalah secebis kutu babi sahaja jika nak dibandingkan dengan awak dan mereka mereka itu...
Uqasha ku sayang,saya tak mahu sentuh pasal isu awak buka tudung..sebab saya pun tak bertudung...so saya tak layak nak komen..

#Tetapi saya melihat kepada perkara lebih besar..iaitu kehebatan pengaruh awak..dengan hanya menyatakan hasrat awak sudah tidak bertudung,semua orang jadi tak keruan termasuk media!untuk itu,saya dengan rasa rendah diri nak mencadangkan supaya:






#1-awak nyatakan hasrat untuk tidak langgan siaran astro..maka orang orang astro akan rendahkan harga bulanan dan dalam masa yang sama mengupgrade service..nescaya siaran tidak akan terganggu ketika hujan.maka kami rakyat Malaysia akan dapat menikmati perkhidmatan berbaloi dengan nilai yang kami bayar...


#2-awak nyatakan hasrat untuk tidak menggunakan elektrik yang disediakan oleh TNB..nescaya TNB akan kalut!!so TNB tak akan suka suka tukar nombor akaun dam charge extra pada pengguna iaitu orang biasa macam kami ni..

#3-saya turut cadangkan supaya awak nyatakan juga hasrat untuk tidak menggunakan satu pun lebuh raya di Malaysia sebab awak tak bersedia untuk bayo tol..so,owner owner lebuh raya confirm tidak 

akan menaikkan harga tol!mungkin lebih hebat,mereka akan mansuhkan semua Tol di malaysia!

#4-saya juga berharap awak nyatakan hasrat untuk tidak berbelanja walau satu sen pun sebab awak tak bersedia nak bayor GST!..ini paling lejen!mungkin kerajaan akan memansuhkan terus GST dan sekaligus meringankan beban 30 juta rakyat malaysia dan 7 keturunan mereka

#5-oh ya.

#.saya sebagai pembeli barangan online saya nak minta juga pada awak Uqasha....boleh tak awak juga nyatakan hasrat untuk tidak menggunakan perkhidmatan pos laju??sebab kerap jadi pada saya dan rakan rakan yang lain dimana pos laju punya orang tak ketuk pun pintu rumah bila hantar barang..tau tau ada slip penghantaran kat pintu suruh colllect kat pos laju..eh apa gila lah...

#kan ada no phone kat slip tu..call lah...mana tau orang kat dalam rumah tu tengah berak ke apa...so saya harap bila awak nyatakan hasrat untuk tidak menggunakan pos laju lagi...nescaya Pos Laju akan menggelabah dan sekaligus meningkat kan mutu perkhidmatan..

#6-last but not least...boleh kah juga awak nyatakan awak tak nak stay lagi kat Malaysia sebab tak bersedia nak hadap masalah masalah politik yang menyusahkan rakyat Malaysia sekarang?so dengan ini,semua pemimpin parti Politik akan tersentak dan sedar kemudian atas kesedaran itu mereka bekerjasama untuk kepentingan rakyat Jelata!

#Uqasha,saya percaya dengan kesan hebat pengaruh awak! So saya berharap agar awak boleh menggunakan pengaruh awak itu untuk kebaikan semua masyarakat Malaysia..
Maka jika awak berjaya buat semua ni untuk rakyat Malaysia,isu tudung awak tu mereka akan buat buat lupa..siyes.....kalau tak percaya cubalah..

(7 Gambar) Insan OKU Ini Telah Diperkosa,Namun Beliau Dianugerahkan Dengan Anak Yang Soleh...


$%Saya kongsikan kisah menyayat hati ini buat sahabat facebook saya di sini sebagai iktibar buat kita semua. Mudah-mudahan kisah ini akan membuka pintu keinsafan buat saya dan kita semua tentang betapa besarnya rahmat Allah S.W.T terhadap kita berbanding insan lain di luar sana.

Kisah tragis Siti (bukan nama sebenar, 39 tahun) sudah lama sampai ke telinga saya. Namun saya tidak berpeluang melawat dia kerana lokasi kami yang jauh dan saya tidak mempunyai nombor telefon warisnya.

Namun sejak pertama kali mendengar tentang Siti hati saya memang berhajat sangat hendak menziarahinya.

Hari ini, alhamdulillah hajat yang sekian lama bersemi itu tertunai sudah. Namun pertemuan hari ini sungguh di luar dugaan saya malah realiti yang tragis ini tidak pernah terjangkau akal saya.

Siti seorang OKU. Dia bisu malah mentalnya tidak seperti insan lain. Ketika usianya 18 tahun dia menjadi mangsa kerakusan nafsu durjana lelaki lalu terahirlah Adam (bukan nama sebenar, 18 tahun).

Makanan siap di masak dihantar jiran sebelah. Selepas makan Siti pandai mencuci pinggannya
Ketika usianya 30 tahun sekali lagi dia dinodai dan terlahirlah Idris (bukan nama sebenar, 9 tahun) dari rahim insan yang tidak berdaya dan tidak berdosa itu.

Pertama kali bertemu dan menatap wajah Siti saya sebak sekali. Sampainya hati lelaki itu menodai Siti yg terlalu naif. Siti yang bisu itu hidup dalam dunianya sendiri.

Siti tidak pandai menonton tv, Siti tidak punya sesiapa sebagai kawan selain seekor kucing. Kucing itulah teman setianya. Sesekali Siti akan meraung bila “bergaduh” dengan kawan baiknya itu.
Bukti kasih seorang anak. Siti tidur di atas katil dan Adam sisinya, tilam di atas lantai. Kalau anak-anak tiada tidurlah Siti sendirian di rumah ini
Namun kuasa Allah S.W.T Siti kenal dan kasih akan anak-anaknya dengan caranya tersendiri. Malah saya kira arwah orang tua Siti telah mendidik Siti dan anak-anaknya cukup sempurna.

Siti yang serba kekurangan itu tidak seperti manusia hari ini yang sewenang-wenangnya membuang bayi mereka. Anak-anak Siti juga dididik menyayangi dan menghormati Siti. Siti juga tidak suka keluar rumah malah dia sangat menjaga kebersihan rumah.

Siti ada menerima wang JKM RM300 sebulan dan dengan wang itulah, jiran terdekatnya menyara Siti dan anak-anaknya sejak 2 tahun yang lalu setelah kematian ibunya.

Siti anak tungggal. Jiran itulah yang menyediakan makan minum Siti malah menguruskan Siti setelah Adam memilih unttk mengikuti kursus kemahiran otomatif dan berhijrah meninggalkan ibunya hidup sendirian di rumah ini.

Idris pula dihantar ke rumah anak yatim. Di rumah anak yatim itulah saya berkasih sayang dengan Idris seterusnya mendengar tentang Siti.

                                          Rumah atas yang usang dan reput

Ketika saya memberitahu Siti hendak mengambil gambarnya, Adam meminta ibunya mengenakan tudung. Sedihnya, Siti tak pandai memakai tudung dan harus dibantu.

Baju terpakai pemberian orang diisi dalam beg plastik kemudian diselimut rapi
Ketika Adam membuka kain penutup bungkusan baju terpakai untuk mencari tudung buat ibunya, Siti marah dan menampar tangan Adam. Sangkanya Adam hendak memunggah pakaian yang dia simpan rapi.

Apabila saya tunjukkan kamera, Siti senyum panjang lalu duduk bersimpuh penuh sopan di hadapan saya. Yaaa, Siti seorang perempuan yang cantik. Kulitnya putih, tubuhnya juga kecil molek.

Sebelum pulang saya serahkan sedikit wang sumbangan penderma dari TABUNG JARIAH DAPUR RAMADAN kepada Adam juga barang-barang dapur untuk memasak.

Saya bertekad untuk membela nasib dua beradik ini, memastikan mereka berjaya dalam pelajaran.

Melihat saya hendak melangkah pulang, Siti pantas menghulurkan sebelah tangannya untuk bersalaman dengan saya.

“Mak….salam tangan mana tu…tu tangan kiri “. Cepat-cepat Siti menukar huluran tangannya sambil ketawa kuat. Saya menyambut penuh sayu.

Kini fahamlah saya mengapa Idris menangis teresak-esak apabila saya bertanya tentang ibunya satu masa dulu. Idris pernah mewakili sekolahnya dalam Tilawah Al Quran.
Saya tinggalkan Adam dengan kata-kata semangat. Dan saya lihat mata Adam merah berkaca mengiringi langkah saya.

Siti insan suci tanpa sezarah dosa pun ..

 Admin berbesar hati jika ada pihak yg sudi menyumbang terus ke acc Adam sekadar yg mampu. Insha Allah ...Adam anak yg baik....yg blh diharapkan utk membela nasib ibu dan adiknya.

Ataupun boleh juga terus berhubung dengan Puan Natipah Abu, seorang penyelia rumah anak yatim dan miskin Darul Aitam, Kuala Ketil, Kedah. Puan Natipah juga merupakan pelawat tetap ke rumah anak yatim Kuala Nerang, Kedah. 

Semoga catatan ringkas ini mampu menghuraikan sikit sebanyak.persoalan. Yg baik dr Allah S.W.T...

Catatan oleh Puan Natipah Abu

LANGIT RAMADAN YG BARAKAH...

Alhamdulillah...hari ini saya dan sahabat menziarahi Siti.Ketika kami sampai Siti sudah " berdandan rapi." Melihat kami datang....dari jauh lagi Siti sudah menghulurkan tangan utk bersalam.

Kata Pak Lang dan Mak Lang... Siti kalau mandi memang berjam2. Dia suka sungguh 
" bermain" di bilik air. Malah setiap kali anaknya pulang bercuti...awal2 lagi dia sudah menjemur kain baju mereka yg dia cuci. Siti memang pembersih orangnya.

Sahabat saya ada membawa anaknya bersama. Berkali-kali Siti memegang tangan anak sahabat saya, mengusap-ngusap pipi dan akhirnya mencium pipi anak sahabat saya sambil cuba menyampaikan sesuatu. Kami faham..dia cuba memberitahu kami..anak sahabat saya sebaya dgn anaknya, Idris yg tinggal di asrana anak yatim. Dia rindukan anaknya...

Siti juga sudah mengenali saya...duduk di sebelah saya dan " rancak berbual " dgn saya sambil gelak besar dan sesekali menggoncang tubuh saya. Meskipun tidak memahami..saya cuba mengambil hati Siti. 


Saya telah menyerahkan wang sumbangan amanah semua sahabat utk Siti dan anak2 kepada Pak Lang dan Mak Lang sebagai perbelanjaan dan keperluan Siti dan anak2. Sebahgian lagi saya serahkan kepada Adam sebagai simpanan yg akan pulang ke kolej esok. 


Saya akan datang lagi sebelum menjelang aidil fitri kelak. Terima kasih dari saya kepada semua penyumbang....
Saya juga mendapat izin Pak Lang dan Mak Lang utk berkongsi gambar Siti di sini kerana dia insan suci tanpa sezarah dosa pun ..


Nota Editor: Kisah menyayat hati ini telah dikongsikan oleh Puan Natipah Abu, seorang penyelia rumah anak yatim dan miskin Darul Aitam, Kuala Ketil, Kedah. Puan Natipah juga merupakan pelawat tetap ke rumah anak yatim Kuala Nerang, Kedah. Kami kongsikan semula kisah ini  dengan izin dari beliau.

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...