Sunday 11 September 2016

Kanak-Kanak Ini Enggan Lepaskan Ibunya Yang Sudah Meninggal Dunia


picmonkey-collage
Oleh Feyra Nasrom Sumber FB Sharifah Asma Syed Ke

Kehilangan ibu tersayang adalah sesuatu yang memeritkan. Tak dapat bayangkan jika suatu hari nanti kita juga akan berdepan dengan perkara yang sama. Oleh itu, hargailah ibu tersayang selagi dia masih ada. Video seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Darwish viral di sosial media apabila dia kelhatan enggan melepaskan pemergian ibunya di sebuah hospital Alor Setar.

Darwish tidak henti-henti meratapi jenazah ibunya sambil menangis dan memeluk erat seoalah-olah mengharapkan arwah ibunya masih lagi hidup. Rakaman video yang berdurasi lebih kurang 2 minit itu dirakam oleh ibu saudaranya dan dimuat naik ke laman sosial sebelum ianya mula menjadi viral.

Rata-rata yang melihat video tersebut membuatkan ramai yang sebak dan berharap agar Darwish diberi kekuatan untuk meneruskan hari-hari akan datang tanpa ibu disisi. Berikut merupakan kisah penuh yang dikongsi oleh Sharifah Asma sebelum pemergian ibu Darwish ini.

“My niece tak pernah ada sakit apa-apa pun sebelum ini. Cumanya, bila dia pregnant, dia dapat darah tinggi tiba-tiba sahaja. Itu pun semasa dia hamil, dia pun tak tahu sampailah kandungan dia berusia 3 bulan, baru dia tahu. 

“Masa kejadian itu, dia hamil 6 bulan. Pada mulanya dia sakit tengkuk dan kepala. Dia minta anak dia picitkan. Selepas itu tiba-tiba saja dia tidak sedar. Then suami dia pulang dari office terus menghubungi ambulance, bawa pergi ke hospital. 

Menurut doktor, pembuluh darah dia dah pecah dan darah sudah spread ke otak dan perlukan pembedahan segera. Terpaksalah bawa ke Hospital Besar Alor Setar. Tapi pada masa itu, dia dah elok dan boleh bercakap lagi. 

Sebelum pembedahan, dia nak tengok Darwish sebab Darwish sangat rapat dengan dia. Nak tidur pun, ibu dia yang kena tidurkan dia. 

“Pembedahan berlangsung selama 12 jam. Selepas keluar dari bilik pembedahan, dia terus koma dan langsung tiada sebarang respon. Beberapa hari kemudian, bayi dalam kandungannya meninggal dunia. Arwah pula under ventilator.

Selepas beberapa hari, doktor buat keputusan untuk memberhentikan ventilator sebab dia dah tak ada respon. Masa itu, kalau sesiapa yang ada di ICU akan menangis teruk. Mana mampu nak melihat ratapan anak-anak dia bila doktor nak buka life support itu? Operation dia di kepala, jadi tempurung kepala dibuka. Bayangkan macam mana sakitnya kan?

“Sedih sangat. Arwah sempat berpuasa beberapa hari saja sebelum meninggal. Kakak Darwish pula SPM tahun ini. Anak yang bongsu, perempuan, berusia lebih kurang 4 tahun. Tapi yang paling teruk, Darwish. Daddy dia kata kadang-kadang itu itu Darwish menangis sampai jam 4 ke 5 pagi sebab nak mummy dia,” katanya.

Hati siapa yang tidak terusik melihat video yang menyayatkan hati ini. Salam takziah kepada keluarga Darwish dan moga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-fatihah…

Video Danish bersama arwah ibu di hospital:

No comments:

Post a Comment

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...