Sunday 11 September 2016

Sekumpulan Muslim dimaki, disimbah kopi selepas solat di taman

Sekumpulan Muslim dimaki, disimbah kopi selepas solat di taman
Seorang kakitangan awam California, Denise Slader, dilihat melontarkan kata-kata anti-Islam terhadap sekumpulan orang Islam yang bersolat di taman hujung minggu lalu.
Seorang kakitangan awam California, Denise Slader, dilihat melontarkan kata-kata anti-Islam terhadap sekumpulan orang Islam yang bersolat di taman berhampiran Tasik Chabot hujung minggu lalu.

Rakaman video salah seorang mangsa, Rasheed Albeshari, menunjukkan wanita itu bersuara lantang ke arah kumpulan tersebut sambil menyatakan bahawa mereka telah “menyeksa” orang lain dan telah “dibrainwash”.

Seorang renjer taman muncul untuk menenangkan keadaan, namun Slader naik berang dan menyerang Albeshari kerana masih meneruskan rakaman.

Albeshari mendakwa dirinya turut disimbah kopi dan dipukul dengan payung.

Susulan kejadian itu, Albeshari memuat naik video berkenaan di laman Facebooknya yang kini telah menjana kira-kira 278,000 tontonan.


Menurut Albeshari, beliau bersama beberapa orang rakan pada asalnya ke taman tersebut untuk bermain bola tampar dan menjalankan sesi BBQ.

Albeshari berada di dalam kereta apabila Slader mendekati rakan-rakan beliau yang baru selesai solat. Beliau mendakwa Slader bertanya adakah mereka mempercayai Jesus.

Mereka menjawab ya malah mereka menghormati Jesus namun Slader meneruskan kutukan terhadap Islam. Ketika itulah Albeshari keluar dari kereta dan mula merakam video.

Selepas kejadian itu, Slader ke balai polis untuk menjelaskan keadaan dirinya sebagai mangsa dalam kejadian tersebut kerana Albeshari merakamnya di tempat awam tanpa kebenaran.

Ketika ditemubual oleh saluran televisyen tempatan KTVU, Slader mempertahankan tindakannya.

“Tuhan yang mereka sembah di taman itu secara terbuka, bukan tuhan sebenar, tetapi syaitan,” ujar Slader sambil menambah, “Nampaknya sudah tidak ada kebebasan bersuara.”
Sementara itu, Albeshari berharap agar Slader menghadapi pertuduhan di atas tindakannya yang nyata sekali merupakan jenayah kebencian.

Walau bagaimanapun, Albeshari menegaskan individu seperti Slader tidak mewakili rakyat Amerika secara keseluruhan.

"Ini cuma minoriti kecil Amerika. Ini bukan kita yang sebenar. Itu saya tahu," ujar Albeshari.

No comments:

Post a Comment

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...