Saturday 13 August 2016

Lisa Surihani Jadi ‘Bodyguard’ Yusry Disebabkan Tiada Tawaran Berlakon??


Baru-baru ini, telah
tersebar beberapa video yang menunjukkan Lisa Surihani menjadi ‘backup dancer’ untuk persembahan yang di lakukan oleh kumpulan KRU di Singapura.. Nampak macam seorang penari professional betoi, kelibat Lisa pada persembahan tersebut telah mencuri perhatian orang ramai..
Walaupun tampil dengan berpakaian sama seperti penari KRU yang lain, ramai peminat masih kenal penari tersebut adalah Lisa.. Daripada seorang pelakon terus menjadi seorang penari, dah macam bidan terjun.. Hehehe..
Sebenarnya Lisa bukan saja menjadi ‘back up dancer’ untuk KRU.. Malah Lisa juga dah pun menjadi ‘bodyguard’ Yusry, takut Yusry di ganggu wanita lain ke? Hahaha..
Disebabkan Lisa ada banyak masa lapang, Lisa mendedahkan yang dia telah menggunakan waktu yang ada untuk fokus ‘menjaga’ Yusry dan menjadi pembantu peribadi suaminya.. Lisa memaklumkan yang beliau berasa seronok bila menjadi pembantu peribadi kepada Yusry..
Bila dah jadi pembantu peribadi kepada Yusry, Lisa dah tak akan terlibat dengan industri seni lagi ke? Di tanya sama ada beliau akan kembali berlakon, Lisa memaklumkan yang dia belum ada kata putus tentang projek terbaru..
Rata-rata artis bila dah lahirkan anak, dorang akan mula perlahankan aktiviti seni mereka.. Lepas ni mungkin peminat dah tak dapat nak tengok Lisa berlakon di dalam filem atau drama lagi.. Kalau nak tengok jugak, mungkin masa konsert KRU je.. Sebab Lisa kan dah jadi ‘back up dancer’ KRU.. Hahahha

No comments:

Post a Comment

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...