Sunday 31 July 2016

Puteri sulung TMJ dinamakan Tunku Khalsom Aminah Sofiah


2806_TMJ2
Foto: Johor Southern Tigers

JOHOR BAHRU, 28 Jun – Puteri sulung Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya Che’ Puan Khaleeda Bustamam diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah.
Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Johor Southern Tigers.
Menurut Abdul Rahim, Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda selamat berangkat pulang ke Istana Bukit Pelangi, semalam dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
“Che Puan Khaleeda dan puteri sulung baginda berdua yang diberi nama Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail berada di dalam keadaan sihat. Allah Peliharakan Sultan,” kata Abdul Rahim.
Che’ Puan Khaleeda selamat melahirkan puteri sulungnya pada 25 Jun lalu di Wad Diraja hospital berkenaan.
Laman Facebook itu turut berkongsikan beberapa keping gambar kepulangan Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda serta puteri mereka ke Istana Bukit Pelangi dan rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan kerabat diraja terbabit.
Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda melangsungkan pernikahan pada 2014. – BERNAMA

#RESIPI : Rendang Ayam



Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 750ml santan
- 2 sudu besar kerisik
- 2 helai daun kunyit - dihiris halus
- 4 helai daun limau purut
- 1 sudu besar gula
- 1 asam keping
- Garam
- Minyak untuk menumis

Bahan-bahan pes rendang:
- 2 sudu besar cili giling
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 2 batang serai
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 1 biji buah keras

Cara-cara:
1. Blend kesemua bahan pes rendang.
2. Tumis pes sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daun limau purut.
4. Masukkan ayam dan masak lebih kurang 10 minit.
5. Masukkan santan dan masak hingga pekat.
6. Masukkan kerisik, garam, gula, dan asam keping.
7. Masukkan hirisan daun kunyit dan padamkan api.
8. Hidang bersama lemang atau ketupat.

5 Ciri iPhone Tersembunyi


Siapa pengguna iPhone dekat sini? Cepat klik nuffnang, bagi peluang aku beli iPhone juga. Hihihi. Kalau korang dah power tentang selok belok iPhone, jangan tengok video dibawah ni. Tapi kalau korang belum tahu, jom tengok video dekat bawah ni, pasti korang kagum dengan kehebatan teknologi dalam iPhone ni.




1. Buat vibration sendiri
2. Shortcut mesej
3. Gerakkan app dengan anggukan kepala
4. Sorokkan apps yang anda tak guna tanpa perlu delete
5. Mesej ada flash

iPhone Bertaburan Di Atas Jalan Raya


                  Kejadian berlaku di Hangzhou, China pada 28 Julai yang lepas apabila pintu belakang sebuah trak terbuka tanpa disedari oleh pemandu trak tersebut. Beberapa buah kotak yang dipenuhi dengan iPhone jatuh keluar melaui pintu trak tersebut ke atas jalan raya.




                  Dua orang lelaki yang menjumpai barang-barang tersebut yang juga secara kebetulan mengekori trak tersebut dikatakan telah mengembalikan kotak-kotak yang dipenuhi iphone tersebut kepada pemandu trak.



TMJ Sanggup Dipenjara Jika Tindakannya Dianggap Satu Jenayah

TMJ mahu terus suarakan pandangan, sanggup dipenjara jika ia satu jenayah 

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pemimpin di negara ini untuk memainkan peranan mereka dengan berkhidmat untuk masyarakat dengan penuh integriti, dedikasi dan berbakti. 

Beliau mahu terus berjuang dan menyuarakan pandangan serta sanggup dipenjarakan sekiranya tindakan itu adalah satu jenayah. 
"Apa sahaja pandangan yang diberikan bukanlah satu pandangan peribadi, bukan untuk menentang mana-mana pihak.

"Jika saya tidak dapat menegur pemimpin negara ini, apa tujuan saya berada di sini,"
kata Tunku Ismail dalam temubual ekslusif dalam rancangan Obviously Harith Iskander (OHI) pada Sabtu. 

Tunku Ismail turut menegaskan ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar merupakan contoh terbaik baginya . 

"Ayahanda dengan kebijaksanaannya, bagaimana baginda berinteraksi dan mengambil berat tentang rakyat telah memberi inspirasi kepada saya untuk melakukan perkara yang sama. 

"Prinsip dan polisi baginda bukan untuk dirinya tetapi untuk anak-anak, cucu dan generasi seterusnya," kata Tunku Ismail. 

Beliau berharap ahli kerabat diraja yang lain juga mengetahui peranan masing-masing, iaitu untuk menyuarakan pendapat bagi kebaikan masyarakat. 

Baginya, kedudukan ahli kerabat diraja bukan untuk menentang mana-mana sistem, tetapi untuk berkongsi pandangan demi kebaikan masa depan negara. -astroawani 


ULASAN GB 

GB sudah ulas semalam. Petikan: 

Najib boleh menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menutup sekandal 1MDB. Tetapi hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan mengatasi segala kuasa yang ada pada makhluk Tuhan dan kebenaran itu akan tetap terbongkar juga...

Walaupun ada rakyat Malaysia yang diperdaya dengan menggunakan "dedak" dengan prinsip Najib "cash is king" untuk mendapatkan sokongan, namun ia tidak akan mempunyai apa-apa makna apabila nanti, sampai masanya kebenaran itu terdedah.
 

Namun di dalam sepanjang zaman, akan tetap ada kumpulan yang akan bangun berjuang menegakkan keadilan. Apabila semua ruang di dalam negara di tutup, apabila rakyat biasa bersuara... mereka ditekan, dipenjara, dipecat, ditukar dan disejukbekukan dan lain-lain tindakan tidak berperikemanusian, Tuhan akan tetap datangkan bantuanNya dengan pelbagai cara. 

Selepas skandal 1MDB dan Najib didedahkan oleh DoJ AS, kini di dalam negara muncul seorang putera raja - TMJ - yang mahu terus berjuang dan menyuarakan pandangan serta sanggup dipenjarakan sekiranya tindakan itu adalah satu jenayah. 

Tahniah dan syabas TMJ. 

Ini mengingatkan GB mengenai satu potong hadith yang diriawayatkan oleh Muslim: 


لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك. 
Maksudnya: “Akan tetap ada satu kumpulan dari kalangan umatku yang sentiasa menyatakan kebenaran yang mana orang yang menghina mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga datangnya arahan Allah (hari kiamat), namun mereka akan tetap berkeadaan demikian” [Riwayat Muslim]. 


Semuga TMJ berjaya dan akan sentiasa bersama rakyat marhaen memperjuangan kebenaran dan keadilan. 

Saturday 30 July 2016

10 Atlet Sukan Dengan Pendapatan Paling Tinggi Di Dunia 2016

Forbes telah mengeluarkan senarai top 10 atlet yang menerima bayaran paling tinggi dalam sukan yang mereka ceburi.
Berikut merupakan senarai 10 atlet yang mempunyai pendapat paling tinggi di dunia sepanjang tahun lepas.
Christiano Ronaldo – USD 88 Juta (Bola Sepak)
cristiano-ronaldo_416x416
Imej darri Forbes
2. Lionel Messi – USD81.4 Juta (Bola Sepak)
a.espncdn
Imej dari espnfc.com
3. LeBron James – USD77.2 Juta (Bola Keranjang)
Lebron-James
Imej dari Google
4. Roger Federer – USD67.8 Juta (Tennis)
screen-shot-2016-06-10-at-12-42-33-pm
Imej dari Google
5. Kevin Durant – USD56.2 Juta (Bola Keranjang)
2680967-8737038786-744x1
Imej dari giantbomb.com
6. Novak Djokovic – USD55.8 Juta (Tennis)
0362312001434193380_filepicker
Imej dari Google
7. Can Newton – USD53.1 Juta (Rugbi Amerika)
CHARLOTTE, NC - JANUARY 17: Quarterback Cam Newton #1 of the Carolina Panthers warms up before the NFC Divisional Playoff Game against the Seattle Seahawks at Bank of America Stadium on January 17, 2016 in Charlotte, North Carolina. (Photo by Ronald C. Modra/Sports Imagery/Getty Images)
Imej dari Huffingtonpost.com
8. Phil Mickelson – USD52.9 Juta (Golf)
screen-shot-2016-06-10-at-12-44-36-pm
Imej dari Google
9. Jordan Spieth 0 USD52.8 Juta (Golf)
jordan-spieth-cropped_ipbljspt2r0o1uh84myhwt2ph
Imej dari sportingnews.com
10. Kobe Bryant – USD50 Juta (Bola Keranjang)
LOS ANGELES, CA - DECEMBER 09: Kobe Bryant #24 of the Los Angeles Lakers shoots a free throw during a game against the Sacramento Kings at Staples Center on December 9, 2014 in Los Angeles, California. NOTE TO USER: User expressly acknowledges and agrees that, by downloading and or using this photograph, User is consenting to the terms and conditions of the Getty Images License Agreement. (Photo by Jonathan Moore/Getty Images)
Imej dari vibe.com

MATA WANG LAMA DAN EMAS ANTARA BARANG DITEMUI DALAM TEMPAYAN YANG DI TEMUI

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semua.Bertemu kembali dalam ruangan Labu Emas.Untuk paparan kali ini kami ingin kongsikan perjalanan penuh sumber kami dalam pencarian harta karun yang konon nya disembunyikan oleh Keturunan leluhur mereka.Melalui sehelai kertas yang disimpan rapi dalam sekeping sampul berwana putih oleh arwah moyang nya dan ditemui dalam sebuah balang yang ditanam dibawah katil Arwah.Setelah lebih lima belas tahun dalam simpanan ibunya.Sampul tersebut diserahkan kepada anak sulung serta merupakan Cicit sulung arwah moyangnya.

Setelah sampul dibuka tenyata berisi sehelai kertas bersama lakaran peta.Di mana dalam kertas tersebut tertulis kata-kata keramat dari Arwah moyang Razif memberitahu dia telah meninggalkan sedikit warisan untuk anak cucu yang menemui surat tersebut.melalui surat waksiat yang ditinggalkan,memberitahu serta menunjukkan laluan ke sebuah lokasi rahsia dimana peninggalan tersebut di sembunyikan.Setelah membaca dan memahami tulisan jawi dalam surat tersebut,Razif cuba melihat gambaran laluan serta petanda yang di catat dalam surat serta kertas lakaran.Setelah diteliti ternyata waksiat tersebut di tanam di kampung halaman nya.

Bermula episod Razif menunaikan hajat ibu serta moyangnya untuk mencari serta menzahirkan peninggalan arwah Moyang dari keturunan mereka.Setelah puas mencari calon yang sesuai,akhirnya Razif memilih sepupunya iaitu Bob sebagai peneman semasa menjalankan misi keluarga mereka.Setelah membuat perancangan teliti sambil diperhatikan oleh ibu Razif,Satu tarikh telah dipersetujui.Sementara menunggu tarikh yang ditetapkan,Razif dan Bob yang masing-masing berusia 23 Tahun membuat persiapan,seminggu sebelum bertolak mereka kerap melaku kan Solat hajat bersama dan selama itu juga Bob berkampung di rumah Razif.

Tanggal 22 Julai 2016 seawal lapan pagi Razif dan Bob memulakan pengembaraan mereka,Dengan menggunakan perkhidmatan bas ekspress,Mereka harus menempuh satu jarak perjalanan yang jauh selama berberapa jam.Bertolak seawal sembilan pagi tiba di terminal bas negeri yang ditujui pukul 1 petang.Tanpa berlengah lagi,Razif mengajak Bob mengalas perut terlebih dahulu disebuah warung.Setelah berehat berberapa ketika,Mereka bertolak menuju banda yang disebut dalam waksiat moyang Razif.sekali lagi mereka terpaksa menempuh perjalanan panjang namun menggunakan teksi agar lebih cepat dan selesa.

Setelah tiba di pekan yang ditujui,Mereka mencari berberapa  kelengkapan penting seperti Khemah,Botol sederhana besar untuk mengisi air,Alatan memasak,parang,cangkul kecil,lampu suluh,Tali serta barang makanan.Setelah kelengkapan di siapkan,mereka memulakan perjalanan semula menggunakan Teksi yang di sewa tadi.Kurang setengah jam akhirnya tiba lah mereka di persimpangan yang tertulis nama jalan seperti dalam surat.Dan melalui waksiat Moyang Razif,mereka harus melalui Jalan tersebut sehingga genap LIMA PULUH LANGKAH dari simpang masuk.ketika itu masing-masing mengira sehingga genap Lima Puluh langkah,setelah menemui langkah ke lima puluh,Razif melihat arahan seterusnya dengan menoleh jam tiga,maksudnya belok kanan.namun arahan seterusnya agak rumit kerana laluan nya harus meredah kebun sawit orang lagi pula hari hampir gelap.

Setelah memulakan langkah kearah kanan,dalam arahan harus melangkah sehingga seratus langkah.Razif mengira setiap langkah begitu juga dengan Bob.Baru sahaja menemu kan langkah ke tiga puluh,mereka menemui satu kawasan lapang namun tiada penghuni,memandangkan terdapat sebatang anak sungai serta kawasan bersih dan terang dari pokok-pokok besar,Mereka berhenti dan mencari kawasan sesuai untuk mendirikan khemah memandang kan matahari mula redup serta menandakan hari akan malam.Setelah menemui lokasi sesuai,Mereka mula mengemaskan kawasan sekelilig,Razif dan Bob bersama-sama mendirikan khemah yang dibeli untuk muatan dua orang.kurang lima belas minit khemah pun siap dipasang.

Seterusnya mereka mencari kayu-kayu reput untuk dijadikan bahan bakaran.Ketika mencari kayu sambil memerhatikan sekeliling.Bob menjerit apabila terlihat pacat melekat pada betisnya.Razif menggunakan pisau menanggalkan pacat tersebut sambil tersenyum.Mereka kembali ke khemah.memandangkan sungai agak dekat,jadi mereka tidak perlu bersusahan mengangkut air.Melalui cahaya lampu LED yang terang,Razif dan Bob membuat unggun api sambil menikmati makanan segera yang dibeli dari pekan sewaktu membeli kelengkapan siang tadi.Sewaktu menikmati makan malam dalam suasana hutan,Satu suara mengganggu ketenangan malam.suara mengilai yang jelas ketara dari arah belakang khemah mereka membuatkan Razif terkejut lebih-lebih lagi Bob sampai pucat bibir mendengar suara tersebut.

Serta merta mereka masuk kedalam Khemah dan memasang alunan ayat suci Al Quran dari telefon bimbit masing-masing.Semakin lama semakin dekat pula suara tersebut.Seolah-olah berdiri dihadapan khemah mereka.Namun tiada pula bayang-bayang sesiapa yang berdiri di luar khemah.Razif dan Bob mengeraskan diri dalam khemah sehingga lah suara mengilai hilang dari pendengaran mereka.Setelah pasti kawasan khemah mereka selamat,Razif cuba untuk keluar melihat kalau-kalau ada sesiapa yang cuba menakutkan mereka.Entah bila mereka tidur,Sedar-sedar dah pun pagi.Melalui anak sungai yang jernih dihadapan khemah mereka,disitu lah Mereka membersihkan diri.

23 Julai 2016.Sekitar jam 11 pagi,Razif dan Bob memulakan langkah meneruskan langkah yang terhenti semalam.Semakin lama semakin jauh mereka meredah semak serta hutan belentara.sehingga lah menemui langkah keseratus!.Tanpa berlengah Razif melihat petunjuk dalam peta.setelah menemui langkah keseratus,Razif melihat arahan seterusnya.melalui arah mata hari terbenam disitu lah lokasi harta yang dimaksudkan disembunyikan oleh moyang Razif.Setelah mengenal pasti arah matahari terbit subuh tadi,Razif yakin warisan moyangnya ada di bawah Busut yang kelihatan berwana hitam dihadapan mereka.

Mula lah oprasi mengorek menggunakan cangkul kecil,Mula cangkul mencecah bumi,Bob terkejut akan kekerasan busut tersebut apabila cangkul melantun semula.Lima minit mengorek,tiba-tiba sekumpulan anai-anai aneh berwarna hitam keluar dengan banyak nya dari busut yang dikorek.Langit kelihatan cerah namun tiba-tiba hujan rintik-rintik,membuatkan Mereka terpaksa berlari kearah khemah untuk berlindung.Semasa berlindung dalam khemah,Satu susuk badan berjubah putih berdiri diatas busut yang di korek tadi kelihatan.Razif mula merasakan sesuatu yang tak kena berlaku.Dengan bunyi ranting serta dahan patah memecah kesunyian hutan.sehingga lah kelibat hilang dari pandangan serta hujan pun berhenti.Razif dan Bob meneruskan kerja mengorek sekali lagi.namun kali ini,Tanah seakan basah dan kerja mengorek menjadi mudah.Anai-anai yang tadinya mengerumuni kawasan tersebut juga hilang entah kemana.Selama dua jam di habiskan untuk mengorek sehingga Razif membuat cadangan untuk menghentikan kerja mereka kerana merasakan cuma sia-sia.

Namun....disaat Bob menghempas cangkul bagi yang penghabisan,sekali terdengar suara aneh dari kesan cangkul yang terakhir.Dan ternyata itu adalah satu geseran suara dari mata cangkul dengan sebiji tempayan diperbuat dari batu ditemui bersalut tanah liat serta batu.Serta merta Bob memberitahu Razif tentang penemuan tersebut,setelah Tempayan dibawa naik,mereka bersama membersihkan tanah dibahagian mulut tempayan,Dengan Mudah penutup dibuka.Setelah lihat kedalam terdapat berberapa bungkusan didalam nya.antara yang menarik perhatian Razif ialah sebungkus Barang kemas daripada Emas ditinggalkan sebagai warisan keluarga mereka.Sebungkus mengandungi ketulan Timah serta berberapa bungkusan merupakan pakaian lama yang dimasukan kedalam tempayan sebagai warisan.

(Sekadar Hiasan)

Lima helai Geran tanah yang masih belum dipindah milik turut ditemui dalam tempayan peninggalan arwah moyang Razif.Setelah memunggah kesemua barang-barang yang ada didalam tempayan.Razif dan Bob bersiap untuk balik kerana merasakan misi telah pun selesai,tinggal nak serahkan apa yang diperolehi dalam tempayan kepada ibu Razif.setelah menempuh perjalanan yang panjang sekali lagi,Razif dan Bob pun tiba dirumah.Ibu Razif begitu terkejut melihat apa yang telah ditinggalkan Atuk sampai sanggup ditanam dalam lokasi yang begitu jauh.

Ternyata kesusahan mereka diuji sebelum ini di balas dengan sesuatu yang amat mengejutkan setelah berpuluh tahun disembunyikan dari pengetahuan sesiapa termasuk Razif.Walaupun pada hayat hidup moyang Razif langsung tidak menunjukkan ciri-ciri seseorang yang berharta.

Rahsia Pemakanan Genius-Genius Islam Yang Terbukti Dapat Meningkatkan Daya Ingatan


Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. 

Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. 

Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :


1) MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. 

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. 

Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

- CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

- PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !


2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
  1. Menghadap Kiblat
  2. Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
  3. Baca doa penerang hati
  4. Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
  5. Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
     

3) SUSU SEGAR

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. 

Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. 

Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
  • Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
  • Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w



4) TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. 

Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". 

Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.


5) HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.


6) LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w.. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.


7) BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."


8) DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.


9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.


10) DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.


11) DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.


12) HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.


13) KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. 

Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.


14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.


15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.


16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.


17) BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.


18) BUNGA CENGKEH

Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.


19) LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". 

Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.


20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.


21) MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.



22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori.

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...