Saturday 30 July 2016

MATA WANG LAMA DAN EMAS ANTARA BARANG DITEMUI DALAM TEMPAYAN YANG DI TEMUI

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semua.Bertemu kembali dalam ruangan Labu Emas.Untuk paparan kali ini kami ingin kongsikan perjalanan penuh sumber kami dalam pencarian harta karun yang konon nya disembunyikan oleh Keturunan leluhur mereka.Melalui sehelai kertas yang disimpan rapi dalam sekeping sampul berwana putih oleh arwah moyang nya dan ditemui dalam sebuah balang yang ditanam dibawah katil Arwah.Setelah lebih lima belas tahun dalam simpanan ibunya.Sampul tersebut diserahkan kepada anak sulung serta merupakan Cicit sulung arwah moyangnya.

Setelah sampul dibuka tenyata berisi sehelai kertas bersama lakaran peta.Di mana dalam kertas tersebut tertulis kata-kata keramat dari Arwah moyang Razif memberitahu dia telah meninggalkan sedikit warisan untuk anak cucu yang menemui surat tersebut.melalui surat waksiat yang ditinggalkan,memberitahu serta menunjukkan laluan ke sebuah lokasi rahsia dimana peninggalan tersebut di sembunyikan.Setelah membaca dan memahami tulisan jawi dalam surat tersebut,Razif cuba melihat gambaran laluan serta petanda yang di catat dalam surat serta kertas lakaran.Setelah diteliti ternyata waksiat tersebut di tanam di kampung halaman nya.

Bermula episod Razif menunaikan hajat ibu serta moyangnya untuk mencari serta menzahirkan peninggalan arwah Moyang dari keturunan mereka.Setelah puas mencari calon yang sesuai,akhirnya Razif memilih sepupunya iaitu Bob sebagai peneman semasa menjalankan misi keluarga mereka.Setelah membuat perancangan teliti sambil diperhatikan oleh ibu Razif,Satu tarikh telah dipersetujui.Sementara menunggu tarikh yang ditetapkan,Razif dan Bob yang masing-masing berusia 23 Tahun membuat persiapan,seminggu sebelum bertolak mereka kerap melaku kan Solat hajat bersama dan selama itu juga Bob berkampung di rumah Razif.

Tanggal 22 Julai 2016 seawal lapan pagi Razif dan Bob memulakan pengembaraan mereka,Dengan menggunakan perkhidmatan bas ekspress,Mereka harus menempuh satu jarak perjalanan yang jauh selama berberapa jam.Bertolak seawal sembilan pagi tiba di terminal bas negeri yang ditujui pukul 1 petang.Tanpa berlengah lagi,Razif mengajak Bob mengalas perut terlebih dahulu disebuah warung.Setelah berehat berberapa ketika,Mereka bertolak menuju banda yang disebut dalam waksiat moyang Razif.sekali lagi mereka terpaksa menempuh perjalanan panjang namun menggunakan teksi agar lebih cepat dan selesa.

Setelah tiba di pekan yang ditujui,Mereka mencari berberapa  kelengkapan penting seperti Khemah,Botol sederhana besar untuk mengisi air,Alatan memasak,parang,cangkul kecil,lampu suluh,Tali serta barang makanan.Setelah kelengkapan di siapkan,mereka memulakan perjalanan semula menggunakan Teksi yang di sewa tadi.Kurang setengah jam akhirnya tiba lah mereka di persimpangan yang tertulis nama jalan seperti dalam surat.Dan melalui waksiat Moyang Razif,mereka harus melalui Jalan tersebut sehingga genap LIMA PULUH LANGKAH dari simpang masuk.ketika itu masing-masing mengira sehingga genap Lima Puluh langkah,setelah menemui langkah ke lima puluh,Razif melihat arahan seterusnya dengan menoleh jam tiga,maksudnya belok kanan.namun arahan seterusnya agak rumit kerana laluan nya harus meredah kebun sawit orang lagi pula hari hampir gelap.

Setelah memulakan langkah kearah kanan,dalam arahan harus melangkah sehingga seratus langkah.Razif mengira setiap langkah begitu juga dengan Bob.Baru sahaja menemu kan langkah ke tiga puluh,mereka menemui satu kawasan lapang namun tiada penghuni,memandangkan terdapat sebatang anak sungai serta kawasan bersih dan terang dari pokok-pokok besar,Mereka berhenti dan mencari kawasan sesuai untuk mendirikan khemah memandang kan matahari mula redup serta menandakan hari akan malam.Setelah menemui lokasi sesuai,Mereka mula mengemaskan kawasan sekelilig,Razif dan Bob bersama-sama mendirikan khemah yang dibeli untuk muatan dua orang.kurang lima belas minit khemah pun siap dipasang.

Seterusnya mereka mencari kayu-kayu reput untuk dijadikan bahan bakaran.Ketika mencari kayu sambil memerhatikan sekeliling.Bob menjerit apabila terlihat pacat melekat pada betisnya.Razif menggunakan pisau menanggalkan pacat tersebut sambil tersenyum.Mereka kembali ke khemah.memandangkan sungai agak dekat,jadi mereka tidak perlu bersusahan mengangkut air.Melalui cahaya lampu LED yang terang,Razif dan Bob membuat unggun api sambil menikmati makanan segera yang dibeli dari pekan sewaktu membeli kelengkapan siang tadi.Sewaktu menikmati makan malam dalam suasana hutan,Satu suara mengganggu ketenangan malam.suara mengilai yang jelas ketara dari arah belakang khemah mereka membuatkan Razif terkejut lebih-lebih lagi Bob sampai pucat bibir mendengar suara tersebut.

Serta merta mereka masuk kedalam Khemah dan memasang alunan ayat suci Al Quran dari telefon bimbit masing-masing.Semakin lama semakin dekat pula suara tersebut.Seolah-olah berdiri dihadapan khemah mereka.Namun tiada pula bayang-bayang sesiapa yang berdiri di luar khemah.Razif dan Bob mengeraskan diri dalam khemah sehingga lah suara mengilai hilang dari pendengaran mereka.Setelah pasti kawasan khemah mereka selamat,Razif cuba untuk keluar melihat kalau-kalau ada sesiapa yang cuba menakutkan mereka.Entah bila mereka tidur,Sedar-sedar dah pun pagi.Melalui anak sungai yang jernih dihadapan khemah mereka,disitu lah Mereka membersihkan diri.

23 Julai 2016.Sekitar jam 11 pagi,Razif dan Bob memulakan langkah meneruskan langkah yang terhenti semalam.Semakin lama semakin jauh mereka meredah semak serta hutan belentara.sehingga lah menemui langkah keseratus!.Tanpa berlengah Razif melihat petunjuk dalam peta.setelah menemui langkah keseratus,Razif melihat arahan seterusnya.melalui arah mata hari terbenam disitu lah lokasi harta yang dimaksudkan disembunyikan oleh moyang Razif.Setelah mengenal pasti arah matahari terbit subuh tadi,Razif yakin warisan moyangnya ada di bawah Busut yang kelihatan berwana hitam dihadapan mereka.

Mula lah oprasi mengorek menggunakan cangkul kecil,Mula cangkul mencecah bumi,Bob terkejut akan kekerasan busut tersebut apabila cangkul melantun semula.Lima minit mengorek,tiba-tiba sekumpulan anai-anai aneh berwarna hitam keluar dengan banyak nya dari busut yang dikorek.Langit kelihatan cerah namun tiba-tiba hujan rintik-rintik,membuatkan Mereka terpaksa berlari kearah khemah untuk berlindung.Semasa berlindung dalam khemah,Satu susuk badan berjubah putih berdiri diatas busut yang di korek tadi kelihatan.Razif mula merasakan sesuatu yang tak kena berlaku.Dengan bunyi ranting serta dahan patah memecah kesunyian hutan.sehingga lah kelibat hilang dari pandangan serta hujan pun berhenti.Razif dan Bob meneruskan kerja mengorek sekali lagi.namun kali ini,Tanah seakan basah dan kerja mengorek menjadi mudah.Anai-anai yang tadinya mengerumuni kawasan tersebut juga hilang entah kemana.Selama dua jam di habiskan untuk mengorek sehingga Razif membuat cadangan untuk menghentikan kerja mereka kerana merasakan cuma sia-sia.

Namun....disaat Bob menghempas cangkul bagi yang penghabisan,sekali terdengar suara aneh dari kesan cangkul yang terakhir.Dan ternyata itu adalah satu geseran suara dari mata cangkul dengan sebiji tempayan diperbuat dari batu ditemui bersalut tanah liat serta batu.Serta merta Bob memberitahu Razif tentang penemuan tersebut,setelah Tempayan dibawa naik,mereka bersama membersihkan tanah dibahagian mulut tempayan,Dengan Mudah penutup dibuka.Setelah lihat kedalam terdapat berberapa bungkusan didalam nya.antara yang menarik perhatian Razif ialah sebungkus Barang kemas daripada Emas ditinggalkan sebagai warisan keluarga mereka.Sebungkus mengandungi ketulan Timah serta berberapa bungkusan merupakan pakaian lama yang dimasukan kedalam tempayan sebagai warisan.

(Sekadar Hiasan)

Lima helai Geran tanah yang masih belum dipindah milik turut ditemui dalam tempayan peninggalan arwah moyang Razif.Setelah memunggah kesemua barang-barang yang ada didalam tempayan.Razif dan Bob bersiap untuk balik kerana merasakan misi telah pun selesai,tinggal nak serahkan apa yang diperolehi dalam tempayan kepada ibu Razif.setelah menempuh perjalanan yang panjang sekali lagi,Razif dan Bob pun tiba dirumah.Ibu Razif begitu terkejut melihat apa yang telah ditinggalkan Atuk sampai sanggup ditanam dalam lokasi yang begitu jauh.

Ternyata kesusahan mereka diuji sebelum ini di balas dengan sesuatu yang amat mengejutkan setelah berpuluh tahun disembunyikan dari pengetahuan sesiapa termasuk Razif.Walaupun pada hayat hidup moyang Razif langsung tidak menunjukkan ciri-ciri seseorang yang berharta.

No comments:

Post a Comment

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...