Saturday 27 May 2017

'Tutup mulut, jangan berlagak'-Tan Sri Anuar Musa

PENASIHAT Kelantan, Tan Sri Annuar Musa memberi amaran kepada mana-mana pihak yang membuat kenyataan atau komen tidak tepat berhubung isu pertukaran pemain dan tunggakan gaji pasukan itu.
Beliau berkata, sebarang kenyataan mahupun komen yang dikeluarkan dan diterbitkan dalam media sosial seharusnya perlu dibuat dengan fakta yang tepat serta bertanggungjawab.
"Saya ingin memberi amaran kepada pihak yang mendakwa diri sebagai 'pro' tetapi mencampakkan profesionalisma mereka ke dalam longkang.
"Mereka memilih untuk menulis melalui media sosial tanpa ada rasa tanggungjawab memeriksa terlebih dahulu fakta dan peraturan," katanya menerusi catatan di Facebook miliknya, hari ini.
Beliau berkata, lebih baik pihak terbabit tutup mulut daripada terus bercakap perkara yang tidak berlandaskan kedudukan sebenar dialami The Red Warriors (TRW).
Annuar berkata, tidak semestinya jika ada pertukaran pemain terutama import akan membabitkan pertambahan kos, apatah lagi pihaknya sudah membuat perjanjian tertentu dengan ejen dan pemain berkait prestasi dan tahap kecergasan mereka.
"Menukar pemain untuk memperbaiki prestasi adalah sebahagian daripada usaha memperbaiki aliran tunai pasukan dan ia dibuat dengan mengambil kira analisis kos faedah yang sudah diteliti," katanya.
Berikutan itu, beliau yang juga penaja utama Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mahu pihak yang tidak pernah merasa untuk menguruskan pasukan, agar menutup mulut dan tidak berlagak.
"Tutup mulut kamu jika tidak pernah menguruskan pasukan profesional dan berada dalam kedudukan orang yang bertanggungjawab mendapatkan wang bagi membayar gaji pemain.
"Kalau sekadar tahu makan gaji, usah berlagak profesional dan kepada bekas pemain yang suka main Facebook dan Twitter, KAFA sudah lama bertoleransi atas kenyataan tidak tepat yang dibuat.
"Ia juga satu perlanggaran kontrak dan sekiranya tidak dihormati, pasukan juga berhak untuk tidak bersimpati," katanya.

No comments:

Post a Comment

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...