Walhal Mahathir juga mengaku, angkara dialah, Yang Di-Pertuan Agong tidak diperlukan untuk kelulusan mana-mana akta.
Sekarang, para penyokongnya cuba menyalahkan Najib dan mahukan Najib meninggalkan legasi Mahathir yang berbuat sesuka hati dan mengenepikan Yang Di-Pertuan Agong. Mereka mahu Najib kembali ke zaman sebelum Mahathir tetapi pada masa yang sama, antara alasan mereka menentang Najib adalah kerana Najib tidak meneruskan legasi Mahathir.
Dalam bahasa yang lebih mudah, Mahathir boleh buat, tetapi Najib tidak boleh!
Salah seorang loyalist Mahathir yang pernah menjadi Menteri Penerangan yang sangat terkenal dengan bahasa tunggang-langgangnya memarahi Al-Jazeera, Zainuddin Maidin berkata Mahathir adalah seorang HAIWAN POLITIK (political animal).
Untuk mengendurkan kenyataannya itu, dia kata Mahathir berjiwa besar dan sanggup mengenepikan masalah peribadinya dengan Anwar Ibrahim sebaliknya memberikan tumpuan kepada penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam negara ini.
Anehnya, orang seperti Zainuddin Maidin langsung tidak berani bertanya, dari mana datangnya kemampuan memiliki harta-harta serta rumah-rumah mewah Mahathir Mohamad termasuklah ladang kuda di Argentina. Malah orang seperti dia juga, seringkali membangga-banggakan anak-anak lelaki Mahathir kononnya mereka kaya kerana mereka berniaga walaupun pada masa yang sama, mereka tidak menyebut langsung tentang kontrak-kontrak kerajaan termasuklah hak pemonopolian seperti yang dinikmati oleh Mukhriz Mahathir menerusi syarikatnya, Opcom. Walhal kesemua kontrak dan keistimewaan tersebut diperolehi oleh anak-anak Mahathir semasa dia masih jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Tetapi yang paling menarik ialah alasan yang diberikan oleh Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mengatakan, tidak salah malah dituntut oleh Islam.
Bab lain yang dituntut oleh Islam, tidak akan disentuh oleh Ibrahim Ali tetapi kalau Mahathir sahaja, maka segala perbuatannya sangat Islam. (RUJUK DI SINI)
Itulah yang orang kata, jangan banyak sangat bersumpah kerana akhirnya sumpah jilat punggung akan memakan diri. Ibrahim Ali sedang menjilat punggung Mahathir yang pernah disumpahnya dahulu.
Dijangka, esok akan ada banyak alasan-alasan yang menghalalkan perbuatan Mahathir dari puak Cap Bunga Raya. Malam ini mereka akan bermesyuarat, esok bertalu-talulah mereka akan mengatakan Mahathir sanggup mengorbankan dan mengenepikan maruahnya dengan memperjuangkan hak rakyat!
No comments:
Post a Comment