PENGADIL LIGA M DIGANTUNG KERANA PRESTASI ??? Kelemahan?

Apakah punca mutu pengadilan liga Malaysia amat rendah, kesilapan demi kesilapan berlaku. Kadang-kadang penonton merasakan kesilapan yang dilakukan amat tidak masuk akal, pengjaga garisan mengangkat bendera walaupun tidak “off side”, tidak ada kekasaran tetapi diberi sepakan percuma atau yang lebih teruk adalah berlaku kekasaran tetapi dibiarkan.
Terbaru adalah perlawanan antara T-Team dan Felda United, memang tidak masuk akal keputisan yang dibuat sehingga pengadil digantung.
Patutkah FAM mengambil sebahagian dari pengadil dari luar terutama dari Eropah sebagai guru atau contoh kepada pengadil tempatan?
Ada juga yang mengatakan mutu pengadilan tidak baik kerana bayaran kepada pengadil tidak berbaloi. Entahlah, ia alasan atau kenyataan. Di EPL pengadil dibayar 60 ribu pound semusim, ia menjadi satu pekerjaan.
Harap badan berwajib tidak hanya tumpukan pada pembangunan bola sepak sahaja, mutu pengadilan yang tidak baik juga mampu menghancurkan bola sepak negara.
Berita dari akhbar…..**************
Jawatankuasa Pengadil, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan pengadil, Khirul Izuan Kidam, yang mengadili perlawanan T-Team dan Felda United pada Ahad lalu, direhatkan selama tiga bulan. 
Tindakan itu diambil selepas ahli jawatankuasa pengadil mendapati mutu pengadilan Khirul Izuan kurang memuaskan terhadap dua insiden yang dilaporkan T-Team.
Pertama, membabitkan insiden pada minit ke-45 di mana penjaga gol Felda, Farizal Harun, bertindak menampan bola di luar kotak penalti.
Berselang tujuh minit, jaringan penyamaan Francis Forkey Doe menyaksikan pemain import dari Liberia itu terlebih dahulu mengawal bola dengan tangannya.
Penolong pengadil satu dalam perlawanan itu turut direhatkan selama dua minggu.
“Pengadil ini tidak dapat membaca pergerakan dengan sempurna.
“Dia cuba bergerak tetapi situasi yang berlaku itu lebih jauh untuk dia mendapatkan pandangan yang lebih jelas.
“Dia gagal… Dan sekali lagi pemain bijak memegang bola dalam keadaan yang mungkin tak jelas.
“Tetapi untungnya, rakaman video itu dapat dilihat dengan jelas,” terang Ahli Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd. Salleh.
Selain itu, Subkhiddin berharap peminat tidak terlalu cepat menghukum mana-mana pengadil yang melakukan kesilapan dalam perlawanan.
“Sesetengah laporan dan aduan lebih menjurus kepada emosi disebabkan keadaan itu.
“Tetapi saya rasa sebaik-baiknya aduan kita membentuk pasukan dan mutu bola sepak yang lebih baik.
“Kalau aduan itu lebih menjurus kepada seseorang pengadil itu digantung terus, itu sesuatu yang tidak baik.”

sumber:https://www.stadiumastro.com/ms/article/2016/09/01/pengadil-liga-m-digantung-kerana-prestasi?category=liga-super