Saturday 10 September 2016

mat said ditawar ahli mesyuarat tertinggi bersatu

ahmad-saidBekas MB Terengganu,  Datuk Seri Ahmad Said menyatakan kesetiannya untuk terus bersama Umno dan tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Beliau yang menyertai Umno sejak berusia 18 tahun, berkata setakat ini beliau mahu terus berkhidmat untuk parti itu tetapi tidak pasti sampai bila mampu bertahan dan berharap tiada pihak terus mempertikai serta mencabar kesetiaannya kepada parti.
“Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar orang untuk berjumpa dengan saya untuk mengajak masuk BERSATU. Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menawarkan kepada saya untuk menjadi Ahli Mesyuarat Tertinggi BERSATU.
“Setakat ini, saya nak tengok dulu. Saya tak jawab lagi… tetapi tidak tahulah sampai bila, kalau desakan bertalu-talu saya takut saya tidak dapat bertahan,” katanya dipetik Bernama ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Kemaman, hari ini.

Ahmad, 59, yang juga ADUN Kijal berkata selain BERSATU, beliau pernah ditawarkan menganggotai parti PAS, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH), namun menolak kerana tidak mahu mengkhianati Umno.

No comments:

Post a Comment

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...