Saturday 3 September 2016

KUMPULAN SLAM GEGAR JOHOR BHARU!


Selepas hampir 20 tahun tidak mengadakan konsert berskala besar di Johor, esok, band popular Slam akan menggegarkan Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor menerusi konsert Dua Dekad Slam Kembali Terjalin bersama DMS jam 8.30 malam.

Slam yang dianggotai Zamani (penyanyi), Shah (gitar), Ajak (gitar), Lili (bass), Eddie (keyboard) dan Osman (dram) nyata teruja dan meletakkan harapan tinggi untuk penerimaan peminat mereka di Selatan tanah air.

“Kebanyakan daripada kami berasal dari Johor. Jadi, memang kami sangat teruja memandangkan sudah lama tidak membuat persembahan di sana,” kata Zamani.

Pada 2012, Slam pernah mengadakan dua konsert di Singapura.

Bukan sekadar persiapan untuk persembahan, Zamani juga memaklumkan mereka bersedia bertemu peminat sempena dua dekad berada dalam industri muzik.

No comments:

Post a Comment

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...