Sunday 7 August 2016

Video pergaduhan penyokong JDT dan perak, lihat jurugambar NSTP cedera diserang, kamera dicuri!



Jurugambar New Strait Times Press (NSTP) Supian Ahmad, cedera di muka dan tangan selepas diserang penyokong bola sepak Johor Darul Takzim (Johor DT) selepas tamat perlawanan bola sepak saingan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.   

Selain mengalami kecederaan, kamera jenis Canon 1DX yang digunakan oleh mangsa sewaktu bertugas dianggarkan bernilai lebih RM30,000 turut hilang dicuri penyokong pasukan terbabit.   

Kejadian berlaku apabila penyokong Johor DT diarahkan oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis untuk masuk ke tengah padang selepas tercetus pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan sebelum itu. 

Menurut Supian, 36, segelintir penyokong Johor DT bertindak menyerbu ke arah jurukamera yang berada di belakang pintu gol. "Pada mulanya, salah seorang daripada mereka menarik saya sehingga jatuh dan memukul bahagian muka sebelum memijak belakang leher. "Saya tidak sempat untuk mengelak serangannya.

"Ketika itu, saya menyedari kamera dan lensa sudah tiada," katanya ketika ditemui pemberita sebentar tadi. Insiden tersebut menyebabkan kedua-dua mata dan leher Supian bengkak. 

Jelasnya, dia mengesyaki penyokong yang menyerangnya itu berada dalam pengaruh alkohol berikutan bau daripada mulut salah seorang daripada mereka yang menyerangnya.

No comments:

Post a Comment

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...