Monday, 1 August 2016
P. Pinang tak gentar hadapi JDT
PASUKAN Pulau Pinang tetap optimis meskipun bakal berdepan tugas getir apabila turun menentang pendahulu Liga Super yang juga pasukan terbaik Asia, Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam esok.
Ketua jurulatih skuad Harimau Kumbang, Nenad Bacina berkata, perlawanan itu merupakan saingan yang dinanti-nantikan memandangkan Johor DT yang kini mengumpul 39 mata, adalah pasukan pilihan.
“Johor DT sebuah pasukan yang kuat dan Pulau Pinang kini menduduki tangga ke-11 liga. Bagaimanapun, kami akan berusaha untuk meraih mata,” kata Bacina ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan skuad tersebut di Pulau Pinang semalam.
Ditanya sama ada pemain tengah, Faiz Subri akan diturunkan pada perlawanan itu, beliau berkata, kemungkinan itu ada tetapi sama ada dalam kesebelasan utama atau tidak belum diputuskan.
“Semangat pemain kini berada pada tahap tinggi dan mereka akan memberi yang terbaik. Kami hanya akan membuat keputusan tentang siapa yang akan diturunkan ataupun tidak, pada pagi Rabu nanti,” katanya.
Pengarah Urusan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Bojan Hodak ketika ditemui pula berkata, walaupun Johor DT pasukan yang kuat, kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama.
“Kami akan kekal optimis kerana semua permainan bermula dengan 0-0 dan pemain mempunyai 90 minit untuk memberi yang terbaik,” katanya.
Selepas menentang Johor DT, Pulau Pinang akan bertemu Sarawak pada 6 Ogos di Kuching dan kedua-dua pengendali pasukan Harimau Kumbang itu yakin untuk mengutip mata kerana pasukan lawan dianggap setaraf dengan kemampuan Pulau Pinang.
Sarawak kini berada di tangga ke-10 dengan 15 mata, satu mata mengatasi Pulau Pinang.sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ
60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ | Semalam, mummy berkesempatan u...
-
0 salam semua… saya nak tanya nie… pernah tak anda masuk satu laman web dan menunggu lama untuk laman tersebut load? k...
-
Ok, first, saya sorang yang tionghua, and saya seorang muslim. Cerita bermula dari bulan lepas, dan saya diberi hidayah yang tak dijangka. ...
-
Surat Murtad Siti KassimPerlu Di Dedahkan | Penafian Siti Kassim bahawa dirinya murtad telah memaksa orang ramai berfikir adaka...
No comments:
Post a Comment