Wednesday 3 August 2016

JDT Cipta Sejarah Miliki Pesawat Sendiri

13686711_661250344038268_9061877952217087392_n

JOHOR BAHRU, 2 Ogos – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan kapal terbang Gulfstream 550 kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi, Johor Southern Tigers hari ini, menyebut JDT dijangka menerima kapal terbang berkenaan pada pertengahan 2017.
“Kelab bola sepak JDT menerima satu lagi berita gembira apabila Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kapal terbang untuk kegunaan pegawai dan pemain.
“Kapal terbang ini akan siap dan diserahkan kepada JDT pada pertengahan tahun depan,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, JDT juga melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai kelab pertama di negara ini mempunyai kemudahan pengangkutan udara sendiri. – Berita Harian

No comments:

Post a Comment

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...