Wednesday 3 August 2016

Cebisan Cahaya Karya Di Hujung Hayat Almarhum Tunku



'Cebisan Cahaya' karya terakhir Almarhum Tunku Jalil: 

'Cebisan Cahaya' karya terakhir Almarhum Tunku Jalil | Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim sempat menghasilkan lirik lagu khas ditujukan buat para pesakit kanser di negara ini.



'Cebisan Cahaya' karya terakhir Almarhum Tunku Jalil




Bekerjasama dengan komposer terkenal kelahiran Singapura, Awi Rafael, lagu berjudul Cebisan Cahaya itu dinyanyikan oleh penyanyi veteran berasal dari Johor, Ayai atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin.


Berkata kepada Utusan Online, Awi Rafael memberitahu, dia rasa begitu bertuah apabila diperkenan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri untuk meneruskan hasrat anakanda baginda itu.

“Berita gembira ini saya terima sejurus selepas sembuh sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami akibat kemalangan pada Mei lalu.


“Betullah orang kata, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Inilah antara hikmah yang saya perolehi apabila mendapat peluang berkhidmat untuk keluarga diraja Johor,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri IM4U.

Menurutnya lagi, lirik Cebisan Cahaya dihasilkan almarhum ketika hujung hayatnya, menceritakan tentang harapan dan pengalaman arwah menentang penyakit kanser hati yang dihidapi sehinggalah beliau mangkat pada 5 Disember 2015.

“Selaku komposer, saya dapat rasakan lagu ini bakal menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya kerana penceritaannya tulus dari hati seorang putera raja kesayangan ramai yang terkenal dek budi pekertinya yang tinggi.


“Jujur saya katakan, ketika membuat gubahan lagu untuk karya ini, hati saya tersentuh mendengarnya. Perjuangan almarhum dalam menentang kanser amat dikagumi,” jelasnya.

Justeru Awi Rafael berharap, sentuhannya dalam menyempurnakan hasrat Tunku dapat disampaikan dengan baik dan memberi sedikit sumbangan kepada komuniti atas rasa tanggungjawab sosial.

No comments:

Post a Comment

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...