Apa yang membezakan Perodua Bezza dan Proton Saga? Mungkin ada yang dalam dilema tak tahu hendak memilih kereta mana yang berbaloi untuk dibeli.
Walaupun ada yang berpesan jangan beli Perodua Bezza lagi, sebab tak lama lagi Proton akan keluarkan model terbaharu Proton Saga.
Namum belum ada berita sahih lagi. Bilakah model baru pengganti Saga FLX akan dilancarkan oleh Proton.
Jadi buat masa ini, kita bandingkan terlebih dahulu kedua-dua model Perodua Bezza Advance dan Proton Saga Plus CVT. Untuk perhatian pembaca juga, perbandingan ini dibuat berdasarkan model yang tersedia dalam laman web rasmi kedua-dua syarikat pemotoron ini.
Bukan kita nak cerita kereta mana lagi bagus, aku cuma tulis untuk perbandingan supaya memudahkan mereka yang pening tak tahu nak beli model yang mana satu. Sama macam entri Proton Iriz vs Perodua Myvi sebelum ini, korang komen duk bergaduh dekat situ dah kenapa?

Perbandingan : Perodua Bezza Vs Proton Saga
Jika dilihat secara kasar kedua-dua model ini ada beza yang agak ketara sebenarnya. Lagipun kedua-dua model begitu ketara tarikh keluaran mereka.
Selain itu kita semua tahu, model Proton Saga menggunakan Timing Belt, manakala Perodua Bezza Advance pula menggunakan Timing Chain.
Bagi drivetrain pula Perodua Bezza menggunakan Transmisi Conventional Automatic 4-kelajuan, yang dibuat oleh kilang Akashi Kikai. Manakala Proton Saga pula menggunakan CVT Automatic with SAT function yang dibuat oleh Punch Powertrain.
Safety
Ini bahagian paling utama aku rasa untuk sebuah kereta. Jadi isu keselamatan sememangnya patut diambil berat oleh semua pengeluar kenderaan diatas muka bumi ini.Baiklah , kedua-dua model ini menyediakan 2 Beg Udara untuk pemandu dan penumpang. Serta dilengkapkan dengan alarma dan immobilizer.
Namum apa yang lebih Perodua Bezza adalah ia dilengkapi dengan ABS/EBD dan stability control.
Baiklah berikut adalah keputusan ujian keselamatan bagi kedua-dua model.
Perodua Bezza Safety Test Result - ASEAN NCAP
Untuk melihat keputusan ujian lebih lanjut boleh lihat disini.
Proton Saga Plus Safety Test Result - ASEAN NCAP & ANCAP
Berikut adalah keputusan penuh bagi kedua-da ujian ini, Asean NCAP dan ANCAP
Miscellaneous
Sistem audio, bab ini memang nampak ketara Perodua Bezza memiliki kelebihan. Bezza didatang lengkap dengan Toucscreen radio DVD/MP3 player serta mirrorlink, bluetooth, navigasi GPS dan 4 speaker. Manakala Proton Saga hanya dilengkapi dengan VAPS/Radio CD/MP3/WMA.Perodua sekali dihadapan dengan memperkenalkan Keyless Push Button dengan auto start/stop. Sedangkan Proton Saga menggunakan kunci manual. Mungkin ia akan dimasukkan dalam model Saga yang akan datang, sebab Proton Iriz pun ada menggunakan Push Start Button.
Perodua Bezza juga memiliki parking sensor 2 dibahagian depan dan 2 dibahagian belakang, manakala Proton Saga hanya ada 2 sensor dibahagian belakang sahaja.
Aku sebenarnya teruja untuk saksikan apakah yang bakal dibawa oleh Proton untuk model Saga terbaharu nanti, adakah ia akan dilancarkan dengan penuh gaya mengatasi spesifikasi Bezza.
No comments:
Post a Comment