Saturday 30 July 2016

Beli Rumah: Nak Guna Pembiayaan Kerajaan atau Bank?


NAK GUNA PEMBIAYAAN BANK 
ATAU PEMBIAYAAN KERAJAAN (LPPSA)?
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

"Assalamualaikum. Nak minta pendapat tuan doktor. Antara pembiayaan perumahan kerajaan dan pembiayaan perumahan bank, apa pro n cons nye ye? Saya MO, tahun ni genap 30 tahun. Sedang berkira-kira nak beli rumah 400K dan agen kata boleh MOF 100%. Mohon pendapat tuan. Terima kasih."
.
.
Jom baca.
.
.
Pembiayaan Perumahan Bank
=========================

1. MOF (Margin of Finance)
Pembiayaan bagi 2 rumah pertama layak menerima MOF sehingga 90% manakala bagi rumah-rumah berikutnya MOF hanya sehingga 70% sahaja. Sesetengah bank menawarkan MOF sehingga 100% bagi rumah pertama.

2. Tempoh Pembiayaan
Sehingga tempoh 35 tahun atau umur 65-70 tahun, mana-mana lebih pendek

3. Kadar Keuntungan Bank
Serendah 4.65% (purata)

4. Kelayakan
Mengikut Debt-Service Ratio dan skor kredit

Pembiayaan Perumahan Kerajaan
============================

1. MOF
100% atau sehingga kadar kelayakan pembiayaan, mana-mana yang lebih rendah

2. Tempoh Pembiayaan
Sehingga 30 tahun

3. Kadar Keuntungan
Serendah 4.00%

4. Kelayakan
Kelayakan maksimum adalah berdasarkan gaji pokok / gaji hakiki. Kelulusan pinjaman akan mengambil kira baki gaji bersih berdasarkan slip gaji.

5. Resignation
Sekiranya resign kerja kerajaan, kadar keuntungan pembiayaan akan meningkat kepada 7%. Apa yang boleh dibuat ialah refinance kepada pembiayaan perumahan bank untuk kadar keuntungan yang lebih baik. 

Mana Dulu?
==========

1. Situasi A
Rumah 1 : Pembiayaan Bank (90%-100%)
Rumah 2 : Pembiayaan Bank (90%)
Rumah 3 : Pembiayaan Kerajaan (100%)
Rumah 4 : Pembiayaan Bank (70%)

2. Situasi B
Rumah 1 : Pembiayaan Bank (90%-100%)
Rumah 2 : Pembiayaan Kerajaan (100%)
Rumah 3 : Pembiayaan Bank (70%) 
Rumah 4 : Pembiayaan Bank (70%)

3. Situasi C
Rumah 1 : Pembiayaan Kerajaan (100%)
Rumah 2 : Pembiayaan Bank (90%) 
Rumah 3 : Pembiayaan Bank (70%)
Rumah 4 : Pembiayaan Bank (70%)

Pilih Situasi A dan untungnya ialah dapat jimatkan deposit yang perlu dibelanjakan (kerana MOF tinggi). 

Untungler kerja gomen! 
Beli 3 buah rumah dengan modal minima!

Tapi ... tapi ... tapi .... kalau tak jaga profil kewangan kompem susah lulus pembiayaan bank dan akhirnya terus lompat kepada pembiayaan kerajaan!

Tapi ... tapi ... tapi ... kalau dah dapat dapat pembiayaan kerajaan untuk rumah pertama tapi pengurusan kewangan hancur, silap-silap rumah kena lelong! 

Belajar pengurusan wang dan bagaimana menggunakan modal minima membeli rumah.

Anda penjawat awam yang ingin membeli rumah tapi keliru sama ada nak guna PEMBIAYAAN BANK atau PEMBIAYAAN KERAJAAN? 

Ya, inilah yang patut anda BACA dan SHARE laju-laju.

No comments:

Post a Comment

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...