Sunday 28 May 2017

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ | Semalam, mummy berkesempatan untuk menyaksikan YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan dan Jakel Shah Alam Trading Sdn. Bhd dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi di Parlimen Tanah Merah . Turut menyaksikan rakan media dan rakan blogger.

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA JAKEL SHAH ALAM & AHLI PARLIMEN TANAH MERAH BAGI SUMBANGAN 60000 PASANG BAJU RAYA 

Ahli Parlimen Tanah Merah YB Dato' Sri Haji Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Barisan Nasional seperti tahun-tahun lalu. Setiap kali raya, beliau akan memberikan baju raya kepada penduduk Tanah Merah, Kelantan. Samada tinggal di Tanah Merah atau tinggal di luar Kelantan tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik.

Hadiah ini sebagai tanda penghargaan dan sokongan penduduk Tanah Merah Kelantan. Yang telah berikan kepercayaan kepada beliau dalam mentadbir Tanah Merah, Kelantan selama 4 tahun ini.


60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

Hadiah baju raya ini, tentunya menjadi kegembiraan warga Tanah Merah, Kelantan.

Sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dalam persiapan raya.

Hadiah baju raya ini, di khaskan buat warga Tanah Merah Kelantan yangg telah mendaftar sebagai pengundi Tanah Merah sehingga Mac 2017. 

Antara sumbangannya ialah :-

Lelaki Melayu - Baju Melayu
Wanita Melayu - Baju Kurung
Lelaki bukan Muslim - Baju Kemeja
Wanita bukan muslimah - Kain

10 RAMADHAN HINGGA 15 SYAWAL TARIKH AGIHAN BAJU RAYA JAKEL PERCUMA UNTUK WARGA TANAH MERAH KELANTAN


Agihan bermula pada 10 Ramadhan hingga 15 Syawal. 

Dato' Sri Haji Ikmal Hisham Abdul Aziz sedia maklum dan memahami bahawasanya kebanyakan penduduk yang mendaftar di Tanah Merah merantau dan bekerja di negari atau negara lain dan akan pulang di akhir Ramadhan untuk menyambut Syawal, jadi mereka tidak perlu gusar jika tidak dapat sumbangan ini maka Dato' Sri Haji Ikmal Hisham memanjangkan agihan ini sehingga 15 Syawal nanti.

Caranya, hanya tunjukkan MyKad sahaja ! Mudahkan...

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ



Pelbagai design untuk Aidilfitri dari Jakel


Dalam pada itu, Jakel tahun ini menyediakan pelbagai design dan jenis fabrik berkualiti tinggi untuk Aidilfitri. Jakel juga baru sahaja memperkenalkan duta mereka tahun ini iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta 2 icon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan.

Dan buat pertama kalinya Jakel Shah Alam dengan kerjasama Haqqi (sebuah portal online barangan haji & umrah dan barang muslimah) membangunkan khemah besar jualan Aidilfitri bersebelah Petronas Seksyen 7 Shah Alam. Terdapat lebih 20 jenama artis terkenal akan dibuka sepanjang bulan Ramadhan bermula hari ini sehingga malam raya.

Korang jangan lupa ke Jakel tau, dengar kata banyak hadiah menarik untuk pengunjungnya. 

KERAJAAN TAK MAHU NASIB PROTON JADI SEPERTI PERWAJA....APA SUDAH JADI PADA PERWAJA?

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempertahankan kerjasama strategik Proton-Geely sambil menegaskan, kerajaan tidak mahu syarikat kereta nasional itu berhadapan dengan nasib yang dialami Perwaja Steel (Perwaja).

Kata beliau, kerajaan cuba membangunkan industri besi dan keluli menerusi Perwaja tetapi akhirnya syarikat itu ditutup disebabkan masalah pengurusan pada tahun 1990-an.

“Banyak kerajaan tolong tetapi akhirnya Perwaja ditutup. Ramai pekerja Perwaja kena berhenti dan kilang sudah tidak beroperasi.

“Takkan kita hendak buat Proton begitu. Saya hendak tekankan kita tidak mahu nasib akan jadi macam Perwaja,” kata beliau.

Johari menambah, beliau faham yang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sangat kecewa dengan kerjasama Proton dengan syarikat dari China itu, tetapi apa yang penting Geely adalah rakan strategik yang diharap boleh memajukan Proton.

Malah soal beliau, “pasal apa mereka tidak boleh bangga dengan Proton?”

“Bagi saya semua pihak kena sokong kerjasama ini kerana Geely telah menyelamatkan Proton daripada menjadi seperti Perwaja.

“Kalau Proton sudah jadi Perwaja dan berlaku kehilangan pekerjaan, kita lagi susah,” kata beliau dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia disiarkan hari ini.

Rabu lalu, DRB-Hicom mencapai persetujuan untuk menjual 49.9% pegangan dalam Proton kepada pengeluar kereta China, Zhejiang Geely Holding Group termasuk membolehkan Geely memiliki kepentingan 51% dalam pembuat kereta Britain, Lotus.

Dr Mahathir sebelum ini berkata, langkah menjual kepentingan 49.9% dalam Proton Holdings kepada syarikat kereta China menandakan kehilangan ikon negara.

“Kita harus tanya, apa lagi nak dijual?” soal beliau.

“Kita sudah jual Proton kepada orang asing. Ini kereta nasional, dijual kepada orang asing dan tidak lagi ia menjadi kereta nasional, ia kini kereta asing.

“Kita kehilangan satu daripada ikon negara kita,” katanya.

Proton yang ditubuhkan pada 1983 sebagai syarikat otomobil pertama negara dihimpit masalah kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.

Pada 2001, Proton menguasai bahagian pasaran sebanyak 53%, tetapi ia merosot kepada 14% tahun lalu, di sebalik populariti kereta import dan aduan mengenai mutu kereta Proton.

Dr Mahathir bagaimanapun mempertahankan kualiti kereta Proton.

Dalam wawancara itu, Johari berkata, jika syarikat Malaysia memiliki 50.1% saham dalam Proton dan akhirnya berjaya di peringkat antarabansga, “apa salahnya?”

Johari seterusnya berkata, “kalau Daihatsu boleh bekerjasama dengan Perodua, kenapa Proton tidak boleh sedangkan syarikat Malaysia memiliki 50.1% saham.”

“Ini adalah amalan biasa dalam perniagaan,” katanya.

Johari juga memberi jaminan nama Proton akan dikekalkan di bawah perjanjian bersama Geely.

“Itu adalah antara yang dipersetujui dalam perjanjian. Lagipun DRB-Hicom ada majoriti saham dan ada kuasa untuk menentukan,” katanya. 

Digelar Pengkhianat, Apa Jawab Aidil?

image: http://www.mstar.com.my/~/media/images/mstar/photos%20upload/berita%20hiburan/2013/08/05/aidil.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Aidil Zafuan
SEJAK empat nama ini iaitu Mohd. Aidil Zafuan, S. Kunanlan, Safiq Rahim dan Amirul Hadi Zainal diumumkan akan kembali bersama skuad kebangsaan, cukup ramai peminat lemparkan kritikan pedas di media-media sosial.
Pengkhianat negara, mata duitan dan muka tidak tahu malu, itu antara panggilan negatif diberikan netizen-netizen seolah mahu lepaskan geram selepas ketiadaan mereka sepanjang setahun ini dengan pasukan negara.
Bagaimanapun,  Aidil enggan ambil pusing segala kata-kata sebahagian peminat kerana dia hanya mahu pandang ke depan bersama skuad negara melalui pusingan kelayakan Piala Asia 2019.
Paling mustahak, dia berasa begitu segar memulakan buku baharu di bawah kepimpinan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Saya tahu ramai peminat di luar sana pandang sinis dan kritik dengan pelbagai gelaran kepada saya dan rakan lain bila kami kembali bersama pasukan kebangsaan.
"Namun apa jua yang telah berlaku sebelum ini, biarlah saya sahaja yang rasa kerana mereka mungkin tidak faham pendirian saya bila ambil keputusan untuk bersara sebelum ini.
"Apa jua pandangan pihak mereka, saya akan anggap sebagai satu cabaran kerana bukan mudah hendak tutup mulut semua pihak.
"Sekarang hanya mahu fikirkan aksi dengan skuad negara dan makin tidak sabar kembali turun jalani latihan.
"Selepas setahun tidak bersama, saya kena kembali beri saingan jika mahu dapatkan tempat dalam kesebelasan utama, " katanya.
Rakan sepasukannya, S. Kunanlan, pula hanya mahu fikirkan aksi skuad negara malah akui cukup rindu suasana ketika bersama pasukan Malaysia.
Perkara yang paling menyedihkan Kunanlan ialah semasa lihat rakan sepasukan beraksi di kaca televisyen semasa Piala AFF 2016, tahun lalu.
"Memang terasa sangat bila tengok Piala AFF dulu, saya rasa hampa tidak dapat bantu rakan-rakan semasa di Myanmar yang saksikan kita tersingkir awal.
"Kini, saya kembali bersemangat bila ketahui nama ada dalam senarai 26 pemain yang akan jalani pemilihan lawan Lubnan.
"Harap saya dapat terpilih dan saya janji akan berikan sehabis baik pada kali ini, " katanya.

Read more at http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/05/28/aidil-digelar-pengkhianat/#DdChr4ZAEGfhjtSV.99

Adakah Batal Puasa Kita Jika Mandi Wajib Selepas Subuh.


Kini bulan Ramadhan telah tiba lagi, bagi pasangan suami isteri mungkin bulan ini akan menghadkan hubungan kelamin mereka kerana ada sesetengahnya masih belum memahami lagi adab-adab berhubungan intim di bulan Ramadhan ini.

Ada juga kaum isteri yang menganggap bulan ini merupakan bulan bagi mereka untuk berehat daripada melayani suami mereka.

Tetapi mereka harus tahu bahawa Islam itu mudah, mereka hanya perlu tahu cara yang betul sahaja seperti hukum mandi wajib ketika bulan Ramadhan ini.

Lewat mandi wajib bagi orang yang telah berpuasa di Bulan Ramadhan. Ramai orang tidak tahu adakah puasa terbatal atau tidak disebabkan lewat mandi wajib.

Dengan sebab ini, saya menyediakan jawapan secara ringkas dan padat untuk mengangkat masalah berkaitan yang timbul dalam benak fikiran anda.

Aisyah ra dan Ummu Salamah ra pernah menceritakan bahawa :

“Nabi saw pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalil hadis yang diberikan di atas menunjukkan bahawa orang yang mandi selepas azan subuh atau selepas subuh tidak membatalkan puasa mereka.

Bagi orang yang bangun lewat, maka hendaklah ia cepat menyegerakan mandi hadasnya untuk menyegerakan solat subuh.

Kalau lewat bangun tidur disebabkan tidak terjaga sahur atau tidak disengajakan, maka perbuatan tersebut dimaafkan oleh Allah, tapi kalau ia disengajakan atau selepas makan sahur tidur balik, maka dosa baginya kerana ia mengabaikan perintah Allah iaitu mengerjakan solat subuh.

Makruh juga orang yang sengaja melewatkan mandi wajib kerana banyak perkara yang terhalang ketika ia berhadas besar.

Berikut merupakan sedikit info tata cara mandi wajib yang boleh kita jadikan panduan.


Saturday 27 May 2017

'Tutup mulut, jangan berlagak'-Tan Sri Anuar Musa

PENASIHAT Kelantan, Tan Sri Annuar Musa memberi amaran kepada mana-mana pihak yang membuat kenyataan atau komen tidak tepat berhubung isu pertukaran pemain dan tunggakan gaji pasukan itu.
Beliau berkata, sebarang kenyataan mahupun komen yang dikeluarkan dan diterbitkan dalam media sosial seharusnya perlu dibuat dengan fakta yang tepat serta bertanggungjawab.
"Saya ingin memberi amaran kepada pihak yang mendakwa diri sebagai 'pro' tetapi mencampakkan profesionalisma mereka ke dalam longkang.
"Mereka memilih untuk menulis melalui media sosial tanpa ada rasa tanggungjawab memeriksa terlebih dahulu fakta dan peraturan," katanya menerusi catatan di Facebook miliknya, hari ini.
Beliau berkata, lebih baik pihak terbabit tutup mulut daripada terus bercakap perkara yang tidak berlandaskan kedudukan sebenar dialami The Red Warriors (TRW).
Annuar berkata, tidak semestinya jika ada pertukaran pemain terutama import akan membabitkan pertambahan kos, apatah lagi pihaknya sudah membuat perjanjian tertentu dengan ejen dan pemain berkait prestasi dan tahap kecergasan mereka.
"Menukar pemain untuk memperbaiki prestasi adalah sebahagian daripada usaha memperbaiki aliran tunai pasukan dan ia dibuat dengan mengambil kira analisis kos faedah yang sudah diteliti," katanya.
Berikutan itu, beliau yang juga penaja utama Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mahu pihak yang tidak pernah merasa untuk menguruskan pasukan, agar menutup mulut dan tidak berlagak.
"Tutup mulut kamu jika tidak pernah menguruskan pasukan profesional dan berada dalam kedudukan orang yang bertanggungjawab mendapatkan wang bagi membayar gaji pemain.
"Kalau sekadar tahu makan gaji, usah berlagak profesional dan kepada bekas pemain yang suka main Facebook dan Twitter, KAFA sudah lama bertoleransi atas kenyataan tidak tepat yang dibuat.
"Ia juga satu perlanggaran kontrak dan sekiranya tidak dihormati, pasukan juga berhak untuk tidak bersimpati," katanya.

Kerajaan pantau kurma elak dicemari lipas, kumbang

 Kementerian Kesihatan akan meningkatkan pemantauan ke atas produk kurma di pasaran tempatan susulan tular di media sosial buah berkenaan dicemari lipas dan kumbang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, pengguna disaran membaca label serta mengamalkan “lihat, hidu dan rasa” sebelum menikmati makanan bagi mengelak termakan makanan yang rosak atau tercemar.
“Kementerian ingin menasihati pengguna dan orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pembeli dalam memastikan produk makanan yang dibeli bersih dan selamat,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.
“Pengguna juga boleh melayari laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan,” katanya.

Thursday 29 December 2016

Syarikat milik Jamal Jamban didakwa curi elektrik TNB pulak

SYARIKAT milik Datuk Jamal Yunos (Jamal Jamban), Ketua Umno Sungai Besar didakwa mencuri elektrik milik Tenaga Nasional Berhad, TNB dengan cara mengubahsuai meter tenaga epektrik di premis yang diduduki oleh syarikat itu.

Sebuah laman facebook, Friends of Selangor yang menyiarkan dakwaan itu mendakwa TNB terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM82,092.06 akibat kecurian elektrik yang dilakukan oleh syarikat Jamal Jaya Holding Sdn Bhd yang didakwa merupakan syarikat milik Jamal Jamban.

Maklumat itu dakwanya merupakan fakta dalam kes mahkamah.

"Ni fakta dalam kes mahkamah, bukan petik dari langit ye," tulis pengendali laman facebook tersebut.


Hotel milik Jamal Jamban baru-baru ini telah disita oleh pihak berkuasa kerana beroperasi lebih 5 tahun tanpa lesen, makala struktur binaan resort miliknya pula dirobohkan kerana dibina atas tanah haram.

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ

60000 PASANG BAJU RAYA JAKEL PERCUMA DARI AHLI PARLIMEN TANAH MERAH YB DATO' HJ IKMAL HISHAM ABD AZIZ  | Semalam, mummy berkesempatan u...